Perancangan Kewangan Stail Jepun

Pernah dengar “Kakeibo”?

Ia perancangan kewangan stail orang Jepun.

Dipetik dari FB Kamal Zharif

Majoriti golongan muda muflis sebab hutang kepuasan peribadi?

Dalam mengurus duit gaya Jepun iaitu Kakeibo, pengaliran wang (cashflow) adalah Income – expenses.

Seandainya ia baik, maka akan hasilkan surplus.
Apabila menjadi negatif, benda yang perlu dibuat adalah dengan meningkatkan pendapatan.

Apabila mula menunjukkan surplus, kita boleh mula menyimpan duit.

Dalam e-seminar yang dijalankan oleh tuan Afyan Mat Rawi, di situ juga diceritakan mengenai persoalan duit yang mahu disimpan.

Mengenai simpan duit, ia bertujuan untuk tampung hal-hal kecemasan yang kecil seperti kos merawat di hospital, kemalangan dan pelbagai lagi.

Simpanan itu dibuat sebanyak 3-6 bulan gaji kita, dan mempunyai ciri-ciri penting iaitu:
– tiada caj
– tiada risiko
– bersifat mudah dicairkan (mudah dikeluarkan dengan segera)

Cara untuk menyimpannya ialah:
– simpan dan lupa, simpan dan lupa, simpan dan lupa.

Itu salah satu cara pemikiran yang boleh ditanamkan.

Begitu juga dengan pemikiran sebegini:

– Adakah simpan RM10 sebulan menyebabkan kita terpaksa makan pasir?
– Kenapa ada orang boleh memberi komitmen hutang bagi membeli kereta dan rumah besar?

Statistik penduduk Malaysia daripada bekas penasihat ekonomi untuk bekas perdana menteri yang lepas, Dr Muhammed Abdul Khalid memberitahu bahawa 90% rakyat Malaysia tiada simpanan walaupun RM1,000.

Dengan nilai RM100, kita boleh buat perubahan besar dalam kehidupan akan datang. Dapatkan ilmu-ilmu tentang pengurusan duit di SeminarBMW (Seminar Bijak Merancang Wang)

Caranya dengan menekan link di bawah ini:

eSeminarBMW

#eSeminarBMW
seminar oleh tuan Afyan

Fuh, nasib baik saya tidak ada komitmen kereta.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com