Perbandingan antara Threads dan Twitter
Berikut beberapa perbandingan antara Threads dan Twitter
1. Threads kena pakai akaun Instagram, Twitter tak payah pakai akaun Instagram pun.
2. Threads tak ada aplikasi desktop, cuma boleh guna kat telefon je. Twitter boleh guna kat telefon dan komputer. Tapi akan datang pasti boleh juga.
3. Threads tak boleh guna GIF atau hantar mesej terus, Twitter boleh.
4. Threads membenarkan jumlah aksara yang lebih panjang daripada Twitter. Posting di Twitter lebih pendek kecuali Twitter Blue, tapi ia berbayar.
5. Threads dilancarkan tanpa iklan, Twitter ada iklan dalam platform. Tapi akan datang tak mustahil akan ada juga iklan, kalau tak macamana nak untung kan?
6. Threads tak ada ciri “Trending” untuk tengok topik atau pengguna popular, Twitter ada ciri tu.
Ada lagi tak?
Ada sesiapa lagi belum buka akaun Threads? Yg dah buka boleh follow Threads.net/@afyan.ifp
Threads vs Twitter:
- Aplikasi Threads ni tarik 10 juta pengguna dlm 7 jam pertama pelancarannya!
- Aplikasi baru ini dari Instagram yang dibangunkan oleh Meta.
- Ia menjadi pesaing Twitter dan dikatakan boleh menggantikan Twitter.
- Threads boleh pos panjang sikit berbanding Twitter, iaitu 500 aksara
- Ia juga dikatakan dapat sokongan ramai selebriti termasuk Shakira, Gordon Ramsay, Oprah Winfrey malah Dalai Lama.
- Macam Twitter sikit, tapi ada beza dalam perkataan, contoh “retweet” jadi “repost” dan “tweets” jadi “threads”.
- Kena ada akaun Instagram untuk login dalam Threads.
- Meta buat Threads sebab Twitter ada masalah, terpaksa hadkan bacaan tweet pengguna.
Pada pandangan anda, apa masa depan Threads?
Adakah ia mampu menjatuhkan Twitter?
Apakah perbezaan Thread dan Twitter?
Boleh komen.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran