fbpx

Melantik Penasihat Syariah Belum Tentu Patuh Syariah

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 470Words
  • 1639Views

Tahukah anda, melantik penasihat syariah belum tentu patuh syariah.

Boleh rujuk beberapa kes berikut.

1. TOK BELAGAK DARUL EMAS PERAK.

Siapa tak lupa kes Tok Belagak dan Syarikat Darul Emas Perak Bhd (DEPB). Sejarah hitam dalam pelaburan emas.

Mereka pernah melantik penasihat syariah tapi akhir sekali penasihat meminta syarikat menarik balik program mereka dari pasaran kerana tidak menepati parameter pelaburan emas.

Kes berlaku sekitar tahun 2014 hingga 2016 dan berakhir dengan kompeni ini tersontot di pintu shorga.

Jemput baca Kronologi ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang (Kemaskini 25 Disember 2018)

2. ARBA / CWC / Kopi Pak Belalang

ARBA sebuah syarikat MLM yang dinamakan sempena akronim Abdul Rahman Bin Auf, menjalankan bisnes dengan operasi mirip skim cepat kaya. Kemudiannya penasihat syariah tersebut meletak jawatan.

Kes ini berlaku pada tahun 2017 dan berakhir juga dengan tersontot di pintu shorga.


Jemput baca Penasihat Syariah ARBA Letak Jawatan? Skrip Hampir Sama Yang Pernah Berlaku Ke Atas DEPB dan TB

3. MCIS – ZURICH INSURANCE

Ini sebuah syariah insurans konvensional (sekarang menjadi syarikat, MCIS & Zurich), melantik penasihat syariah. Selepas diselidik, pelantikan tersebut tidak pernah disahkan oleh pematuhan syariah Bank Negara Malaysia.
Kes ini berlaku pada tahun 2011.

Jemput baca Status MCIS Zurich Insurance – HALAL / HARAM?


Nota: Zurich sudah terpisah daripada MCIS, dan mempunyai kompeni takaful. Manakala MCIS belum ada kompeni takaful.

4. MCIS INSURANCE

Syarikat insurans konvensional ini bukanlah syarikat takaful. Tapi ejen-ejen menggunakan nama penasihat pelaburan mereka untuk mengelirukan penggunaan.

Yang disahkan patuh syariah bukanlah produk syarikat tapi pelaburan sahaja yang disahkan syariah. Ia tindak menjadikan produk insurans konvensional menjadi patuh syariah.

Ia masih berlaku sehingga kini.

Rujuk Insurans Konvensional Tetap Haram

5. AFFILIATE JUNCTION

Syarikat ini pernah melantik 2 nama besar iaitu Dr Zaharuddin dan Dr Aznan Hassan untuk program Affiliate Junction Islamic. Ia menimbulkan kontroversi dan akhir sekali program itu tidak diteruskan.

Kes berlaku pada tahun 2017.

Rujuk AJ Islamic Tidak Diteruskan

Tapi, setahun kemudian ia diteruskan kembali dengan penasihat syariah ISO SIRIM yang baru, setahun selepas itu. Salah seorang penasihat syariahnya yang sama dilantik oleh Atomy.

Rujuk Affiliate Junction Umumkan Status Patuh Syariah

6. GENNEVA GOLD

Syarikat ini menawarkan pelaburan emas dan melantik penasihat syariah. Kemudian, penasihat syariah yang melaporkan aktiviti mencurigakan syarikat ini kepada Bank Negara Malaysia.

Kisah ini berlaku sekitar tahun 2010 ke 2012 kemudian dibicarakan di mahkamah sehingga ke mahkamah tinggi dan mahkamah rayuan sehingga tahun 2020.

Rujuk Pelaburan emas: 8 individu dihukum penjara dan denda, 3 syarikat didenda

7. STEVEN TEA GARDEN

Siapa ingat kes ni? Lagi lejen. Melibatkan tokoh-tokoh ternama termasuk Dr Tengku Asmadi yang mengusahakan patuh syariah, sebelum ia tersontot. Rujuk gambar-gambar lain utk melihat tokoh-tokoh lain yang dilibatkan.

Kes sekitar tahun 2009 yang akhir sekali tersontot jua.

Rujuk Stevens Tea Garden ni program sah ke?

Siapa ingat lagi kes-kes di atas?

Kalau malas klik link, boleh rujuk gambar-gambar yang disediakan.

Afyan Mat Rawi
Pengumpul sejarah kes-kes sontot,
Penulis Buku Tersontot Di Pintu Shorga.

Follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pengalaman saya mengendalikan program-program Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW kepada…