fbpx

Perbankan Islam & riba: Bila diajak berdiskusi, mengapa mengelak?

  • 5 days ago
  • 2Minutes
  • 254Words
  • 20Views

Nampaknya Sdra Kamarul Afiq As-Subanji pun nak interframe.

Tapi hairan kenapa dia kata dia tak faham kenapa saya ajak dia untuk live topik PERBANKAN ISLAM RIBA DAN HARAM?

Sebab dia yang kata begitu. Dia beberapa kali menulis bahawa perbankan Islam ni masih ada riba, jadi saya offer la.

Kalau dia tak menulis berkenaan isu ini, saya pun tak offer. Sama juga dgn Nurul Afida, Ezzul Haris, Ezral, Coach Fadzil, PPIM dll

Mereka menulis bahawa perbankan islam ini masih ada riba, jadi saya offer pentas saya untuk perkara tersebut.

Topik yang mereka sendiri tulis.

Setakat ini tak ada lagi yang sudi terima dengan tajuk tersebut. Dato Manap pun saya pernah offer tapi beliau minta ubah topik dan saya terima.

Sama juga halnya dgn Sdra Kamarul ini. Saya offer sebab dia yang kata dan saya bersedia dengan tarikh yang dia available.

Tapi dia taknak. Katanya bukan bidang. Ok la. Saya terima sahaja alasan yang diberikan.

Kemudian dia ajak jumpa dengan kawan dia. Katanya kawannya boleh berdiskusi dengan saya. Saya terima dan tetapkan waktu available, lepas tu dia pula taknak ikut waktu saya.

Masa saya offer untuk live dengan dia, saya boleh terima waktu yang dia tetapkan.

Tapi apabila dia ajak jumpa dan saya letakkan di syarat, dia pula tak dapat terima.

Syarat saya senang je, jumpa waktu office hour di pejabat saya. Ada pilihan 5 hari daripada 7 hari bekerja. Dia pula bagi alasan kerja.

Sdra Kamarul, janganlah berbohong kata saya beri macam-macam alasan. Saya hanya letak satu syarat untuk jumpa saya.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Benarkah perbankan Islam tak ada risiko dan tidak akan rugi?…