fbpx

Perbezaan antara medcial card deductible, non-deductable dan ko-takaful

  • 2 days ago
  • 3Minutes
  • 526Words
  • 13Views

Beberapa hari ini ramai pula yang bertanyakan apakah perbezaan antara medcial card deductible, non-deductable dan ko-takaful.

Setiap satu ada kelebihan dan kekurangan tersendiri.

1. MEDICAL CARD NON-DEDUCTABLE

Medical card non-deductible adalah pelan takaful kesihatan yang tidak memerlukan pelanggan untuk membayar sebarang jumlah sebelum insurans mula menanggung kos rawatan. Dengan kata lain, semua kos rawatan yang dilindungi oleh polisi akan ditanggung sepenuhnya oleh syarikat takaful tanpa perlu bayaran awal dari pemegang polisi.

Ramai yang suka jenis ini, dan sudah tentu ada harganya.

CONTOH:

Pelanggan dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan berjumlah RM20,000 maka keseluruhan bil ditanggung oleh syarikat takaful.

KELEBIHAN

– Tiada kos pendahuluan untuk rawatan.

– Memudahkan pengurusan kewangan kerana tiada bayaran yang perlu dibuat sebelum manfaat takaful digunakan.

KEKURANGAN

– Bayaran sumbangan takaful mungkin lebih tinggi kerana semua kos rawatan ditanggung oleh syarikat takaful.

2. MEDICAL CARD DEDUCTIBLE

Medical card deductible adalah pelan takaful kesihatan yang memerlukan pemegang polisi untuk membayar sejumlah wang tertentu (deductible) sebelum syarikat mula takaful menanggung baki kos rawatan. Deductible ini biasanya ditetapkan setiap tahun atau setiap kemasukan.

Ada 2 jenis deductible,

1. Mengikut kemasukan, atau

2. Mengikut tahun

CONTOH:

Pelanggan dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan berjumlah RM20,000.

Sebelum dimasukkan ke hospital, dia perlu membuat bayaran deductible RM500

Jadi syarikat takaful menanggung RM19,500 sahaja

Jika deductible mengikut tahun RM500, maka untuk kemasukan seterusnya dalam tahun yang sama, syarikat akan tanggung sepenuhnya.

Jika deductible mengikut kemasukan, untuk kemasukan seterusnya pelanggan masih perlu bayar RM500

KELEBIHAN

– Bayaran sumbangan biasanya lebih rendah berbanding non-deductible.

– Bayaran sumbangan deductible mengikut kemasukan, selalunya lebih rendah berbanding kemasukan mengikut tahun.

– Memberikan insentif kepada pemegang polisi untuk mengurus kesihatan mereka dengan lebih baik dan mengurangkan penggunaan perkhidmatan perubatan yang tidak perlu.

KEKURANGAN

– Pemegang polisi perlu menyediakan dana untuk membayar deductible sebelum takaful berfungsi.

3. MEDICAL CARD KO-TAKAFUL

Medical card ko-takaful adalah pelan takaful kesihatan di mana pemegang polisi dan syarikat takaful berkongsi kos rawatan berdasarkan peratusan yang telah ditetapkan, selalunya 10% ke 20%.

Sebagai contoh, jika ko-takaful ditetapkan pada 10%, pemegang polisi perlu membayar 10% daripada kos rawatan manakala baki 90% akan ditanggung oleh syarikat insurans.

Selalunya akan ada nilai maksima seperti RM3,000 atau RM5,000 yang perlu pelanggan bayar.

CONTOH:

Pelanggan dimasukkan ke hospital dan memerlukan rawatan berjumlah RM20,000.

Selepas selesai rawatan dan sebelum discaj, pelanggan perlu membayar 10% perkongsian bayaran iaitu RM2,000.

Jadi syarikat takaful menanggung RM18,000 sahaja.

Jika sekiranya medical card tersebut mengenakan 20% ko-takaful dengan RM3000 maksima, maka pelanggan perlu bayar RM3000.

KELEBIHAN

– Bayaran sumbangan biasanya lebih rendah berbanding non-deductible dan deductible.

– Mendorong pemegang polisi untuk lebih bijak dalam memilih rawatan dan menguruskan kos perubatan.

KEKURANGAN

– Pemegang polisi perlu menanggung sebahagian daripada kos rawatan.

– Mungkin membebankan bagi rawatan yang mahal atau memerlukan kos yang tinggi.

Pemilihan antara medical card non-deductible, deductible, dan ko-takaful bergantung kepada keperluan peribadi, kemampuan kewangan, dan kesihatan individu. Penting untuk memahami setiap jenis dan mempertimbangkan faktor-faktor seperti premium, kemampuan menanggung kos rawatan, dan kekerapan penggunaan perkhidmatan perubatan sebelum membuat keputusan.

Sebenarnya tak ada masalah pun pilih medical card ko-takaful atau deductible, sebab bayaran lebih murah. Jadi Duit lebihan yang ada boleh disimpan atau dilaburkan dan digunakan ketika berlaku kemasukan hospital untuk bayaran deductible atau ko-takaful.

Ia adalah berkenaan pengurusan kewangan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kesian saya, berada dalam kompeni takaful yang tak sangat secure,…