fbpx

Percaya membuta tuli, akhirnya kita yang rugi

  • 2Minutes
  • 348Words
  • 20Views

Saya terbaca satu tulisan yang sangat membuka mata tentang pengalaman seseorang berurusan dengan klinik panel.

Kisah ini membuatkan saya berfikir panjang tentang sejauh mana ketelusan sesetengah pihak, walaupun bergelar profesional seperti doktor.

Ia bukan untuk tujuan generalisasi kerjaya doktor yang amat disegani oleh masyarakat. Tapi tindakan segelintir doktor sebegini bagaikan nila setitik yang merosakkan air sebelanga.

Tajuk yang ditulis ialah “Doktor & Scam cara halus”

Bagi saya, ia bukan scam tapi manipulasi loophole. Ia boleh berlaku dalam mana-mana bidang dsn kerjaya.

Menurut beliau, mereka sekeluarga pernah setia ke sebuah klinik panel bertahun-tahun lamanya. Oleh kerana semua kos ditanggung oleh panel insurans, mereka tidak pernah ambil peduli soal resit atau butiran ubat yang diberikan.

Namun, segalanya berubah apabila sistem komputer diperkenalkan dan setiap transaksi dihantar terus ke email oleh penyedia insurans. Masa itulah baru mereka tersedar, bahawa terdapat ubat-ubat yang dicaj dalam resit, tetapi sebenarnya tidak diberi pun oleh doktor.

Lebih mengejutkan, perkara ini berlaku bukan sekali, tapi dua kali, dengan bukti kukuh melalui semakan semula resit dan pengalaman sendiri.

Daripada situ, beliau buat keputusan untuk tidak lagi ke klinik tersebut walaupun tiada laporan rasmi dibuat.

Cuma, apabila terserempak dengan doktor dan staf klinik, beliau hanya senyum dalam hati, “Sekarang tahulah kenapa kami tak datang-datang lagi.”

Yang menariknya, kisah lama ini kembali segar di ingatan beliau apabila satu lagi insiden berlaku baru-baru ini melibatkan anaknya, Durra.

Durra cedera selepas ditolak di sekolah, menyebabkan luka dan patah cermin mata.

Beliau bawa anaknya ke klinik panel dan menjalani rawatan. Tapi apabila minta cuti sakit (MC) dua hari, klinik cuma beri sehari. Untuk dapat tambahan hari, perlu datang semula.

Ini menimbulkan persoalan dalam benak beliau; adakah itu polisi kesihatan atau “polisi menambah kantung”?

Rasa bersalah pula kalau datang jumpa doktor semata-mata untuk ulang cerita lama dan membolehkan klinik caj sekali lagi pada insurans.

Akhirnya, beliau pilih untuk tidak sambung MC dan hanya maklumkan kepada pihak sekolah melalui WhatsApp bahawa anaknya masih belum sihat.

Saya rasa kisah ini sangat relevan dan menyedarkan.

Kadang-kadang kita terlalu percaya bulat-bulat kepada sistem tanpa sedar ada tangan-tangan tersembunyi yang mengambil kesempatan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sngguh luar biasa konsep pelaburan emas LBX ini! Bayangkan, hanya…