Perkara ini jarang didedahkan oleh ejen yang mempromosi takaful sebagai produk pelaburan
Ini sebahagian slide training produk satu produk takaful yang dipromosi sebagai produk pelaburan.
Produk tak ada masalah. Dalam product disclosure sheet dinyatakan secara jelas ia BUKAN PURE INVESTMENT sebagaimana unit trust.
Tapi jarang ejen ceritakan.
Malah sebenarnya, dalam sesi training produk berkenaan, dinyatakan bahawa sasaran produk sebegitu adalah untuk golongan yang high networth (HNW).
Antara ciri penting ialah mempunyai pendapatan 20k sebulan. Perkara ini jarang didedahkan oleh ejen.
Jika ada mana-mana pelanggan yang pernah terpedaya dengan ejen sebegini, boleh laporkan kepada pihak Bank Negara Malaysia.
Sekali lagi saya ulang, produk tak ada masalah. Syarikat juga tiada masalah.
Yang jadi masalah ia ejen yang mempromosi dengan cara yang salah.
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran