fbpx

Pulangan sehingga 48% – sungguh dahsyat proposal rekaan ejen takaful ini

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 324Words
  • 483Views

Dahsyat betul ejen ni buat proposal takaful sendiri dengan nama Mizou Investment Package dan letak ROI 48%!

Apabila saya dedahkan balik isu ejen takaful misleading, macam-macam info yang masuk.

Ini antaranya, proposal yang dibikin oleh seorang ejen takaful dengan nama sendiri “Mizou Investment Package”.

Katanya ia satu ejensi dengan Wan Khairul SA

Difahamkan ejen sudah diambil tindakan dan ejensi sudah diberikan amaran oleh pihak syarikat.

Dalam kes ini, ejen membuat sendiri proposal yang tidak diluluskan untuk memperdaya pelanggan. Siap letak ROI 48%!

Kes sebegini bukan baru. Malah ada yang lebih teruk.

Perkara ini pernah berlaku dalam industri insurans suatu ketika dahulu. Ini modus operandi yang mereka jalankan;

Syarikat ABC-Insurance yg merupakan subsidiary company kpd ABC-Group yg turut mempunyai beberapa anak syarikat lain spt ABC-Bank, ABC-Investment dll.

Ketika itu produk Investment-Link Insurance baru diperkenalkan dalam market Malaysia.

Nak dijadikan cerita, ada satu group agensi di ABC-Insurance mempromosi produk insurans spt unit trust. Mereka menggunakan nama ABC-Group, ABC-Bank dan ABC-Investment, walhal mereka dari ABC-Insurance.

Mereka mempromosi pulangan pelaburan bukan mempromosi insurans.

Sebenarnya, kalau mereka jual produk pure-investment spt unit trust, komisen sekitar 2-3% shj.

Jadi mereka jual produk insurans dan mempromosi kononnya ia produk investment, dan dapat komisen mencecah 25%-35% ke 50%-60% termasuk overiding!

Mereka berikan quotation palsu, polisi palsu dan kantoi apabila pelanggan mendapat penyata tahunan.

Ia sempat berjalan beberapa tahun sebelum para pelanggan membuat laporan dan Bank Negara Malaysia.

Dalam kes ini, semua pelanggan yg membuat aduan mendapat duit mereka kembali dan agensi dibatalkan lesen kerana kesalahan misselling.

Dalam kes ini, pelanggan masih bernasib baik kerana industri insurans dikawal selia sepenuhnya oleh BNM dan jika berlaku misselling pelanggan boleh mendapatkan kembali wangnya dgn lebih mudah.

Berbanding skim ponzi lain, jika laporan dibuat dan BNM mengambil tindakan – wang syarikat akan dibekukan.

Waluapun ia kes lama, tapi DNA ejen-ejen yang melakukan perkara terkutuk sebegini masih wujud hingga sekarang. Sebab itu BNM perkenalkan peraturan demi peraturan dalam menangani isu ini.

Berhati-hati, kawan!

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dapat ugutan selepas pendedahan berkenaan sebuah proposal pelaburan misleading seorang…