Perkongsian Dari FB Group Persatuan Ekonomi Muslim Malaysia

Perkongsian dari FB group PERSATUAN EKONOMI MUSLIM MALAYSIA

Setiap kali buka bahagian Moderator Tools group ini, pasti ada nampak”99+” members request dan “99+” pending post di sini.

Dan setiap kali itu juga saya akan review dan approve apa yang patut dan remove apa yang tak patut.

Dalam masa sama juga saya skrol untuk pantau posting-posting yang sudah diapprove.

Untuk approval membership, saya terus klik “approve all”. Senang. Hahaha

Tapi u tu posting, agak penat. Itulah, siapa suruh terima jadi Admin. Hahaha!

Ternyata tugasan ini bukan mudah untuk memastikan group ini fokus kepada agenda kempen tanpa perlu libatkan sentimen politik kepartian dan perkauman sempit.

Beberapa jenis posting yang saya akan remove sama ada pending ataupun sudah disapprove;

1. Provokasi murahan
2. Menghina kaum lain
3. Menghina produk lain
4. Iklan hard selling
5. Gunakan perkataan terlalu kasar

*Perkataan kasar ialah perkataan yang kita tak suka orang lemparkan kepada kita. Contoh “bodoh”. Kita tak suka jika ada pihak yg mengata kita “bodoh” tapi kita pula sewenang-wenagnya tujukan ” bodoh” kepada pihak lain.

Saya tak pasti berapa lama saya mampu jalankan tugas sukarela sebegini.

Jika di FB personal, saya boleh kontrol posting yang saya tulis dan saya share berkaitan isu BMBF ini.

Tapi di dalam group, saya masih belum mampu lakukan yang terbaik.

Kita bukan menghalang rakan-rakan untuk meluahkan perasan atau mengkritik, tapi gunakanlah bahasa yang elok.

Kempen sebegini adalah kempen yang neutral untuk seluruh umat Islam.

Jangan disebabkan cara kita menyebabkan rakyat terbanyak makin jauh.

Penulisan kritikal sama ada menyokong atau membangkang kempen ini kita alu-alukan tapi biarlah ia ditulis dengan rasional, bukan emosional.

Saya harap semua mengerti dan doakan saya istiqamah menjalankan tugas baru ini sebagai memenuhi tuntutan fardu kifayah untuk memastikan kempen dijalankan dgn harmoni tanpa provokasi.

Jika ada yang berminat utk menjadi moderator, boleh tawarkan diri.

Afyan Mat Rawi
Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com