Perlukah Stop Caruman Takaful Semasa PKP?

Ini satu lagi soalan yang saya terima dalam sesi forum online malam tadi.
“Perlukah stop caruman takaful semasa PKP?”

Ketika PKP, ramai yang terjejas pendapatan. Jadi, antara perkara yang selalunya kita terfikir untuk batalkan ialah komitmen caruman takaful.

Baik, sebelum batalkan, cuba fikirkan sejenak. Walaupun pendapatan kita terjejas, tapi kita masih lagi mempunyai kudrat untuk bekerja.

Cuba bayangkan kita tidak mampu lagi bekerja disebabkan musibah kewangan yang lebih besar? Mati, lumpuh, dan sakit kritikal.

Sudah tentu situasinya lebih buruk berbanding PKP dan hilang pekerjaan.

Caruman takaful hanya sekitar 5-6%

Caruman takaful tidaklah tinggi sangat berbanding dengan nilai perlindungan yang disediakan. Ia jauh lebih rendah dari segala macam komitmen kewangan lain seperti ansuran hutang rumah, hutang kereta, hutang personal dan seumpamanya.

Selalunya caruman takaful hanya sekitar 5-6% sahaja daripada pendapatan bulanan kita berbanding ansuran hutang-piutang kita dengan bank.

Jadi, boleh review balik komitmen kewangan secara keseluruhan. Boleh buat penstrukturan semula hutang atau pembiayaan semula. Restructred dan refinancing. R&R.

Jika nak review polisi takaful, fokus kepada perlindungan utama dalam melanggan takaful seperti manfaat kematian, manfaat lumpuh dan manfaat penyakit kritikal. Kenapa? Sebab ketiga-tiga manfaat ini sangat penting untuk menghadapi 3 musibah besar dalam kehidupan iaitu:

1. Kematian
2. Lumpuh
3. Sakit kritikal.

Jika berlaku salah satu daripada 3 musibah ini, akan memberi impak yang sangat besar dalam kehidupan. Ia juga dipanggil sebagai “financial disaster” atau malapetaka kewangan. Ia jauh lebih teruk berbanding PKP iaitu kita bukan sahaja hilang punca pendapatan, malah kita juga hilang kemampuan untuk bekerja kembali.

Berbanding PKP, kita hanya hilang dan terjejas punca pendapatan tapi kita masih lagi ada kemampuan dan kudrat untuk bekerja. Kita boleh cari kerja lain, kita boleh berniaga kecil-kecilan, kita masih boleh jadi rider penghantaran makanan, dan seumpamanya.

Tapi jika berlaku MALAPETAKA KEWANGAN tadi, kita tidak lagi mampu bekerja.

Jadi, jangan risikokan perancangan kewangan anda dengan membatalkan polisi takaful yang anda sudah langgan beberapa tahun.

Jika perlu, review polisi dan fokus kepada perlindungan utama tadi.

Rule of thumb: perlindungan yang tinggi, dengan caruman yang rendah.
Abaikan manfaat yang kurang penting dalam polisi takaful seperti manfaat nilai tunai, manfaat elaun hospital, manfaat pay out polisi, manfaat bersalin dan seumpamanya.

Polisi sedia ada selalunya ada nilai tunai. Mungkin boleh juga keluarkan nilai tunai tersebut utk bayar caruman bulanan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Kerajaan sudah umumkan bahawa bank-bank akan berikan moratorium selama 3…