Pernah Merancang Untuk Hasilkan Buku Fizikal
Tahukah anda, buku Bijak Merancang Wang pernah dirancang untuk diterbitkan secara fizikal dan sepatutnya dilancarkan ketika PBAKL?
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2020/06/1.jpg?resize=618%2C960&ssl=1)
Siapa yang follow saya, akan perasan perkara ini. Beberapa kali saya update ke FB sebagai teaser.
Gambar-gambar ini ialah sebahagian manuskrip yang hampir dicetak.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2020/06/2.jpg?resize=588%2C960&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2020/06/3.jpg?resize=678%2C516&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2020/06/4.jpg?resize=528%2C960&ssl=1)
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2020/06/5.jpg?resize=528%2C960&ssl=1)
Untuk makluman, projek buku fizikal BMW sebenarnya telah dirancang kira-kira 10 tahun lalu. Banyak kali dah manuskrip dikemaskinikan dan pernah dihantar kpd penerbit dan ditolak. Ada juga yang layan acuh tak acuh, jadi saya tak teruskan.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2020/06/6.jpg?resize=454%2C960&ssl=1)
Untuk terbitkan sendiri, saya tak berani ambil risiko. Bukan risiko wang, tapi risiko pengurusan. Bukan senang nak menguruskan dari terbit, cetak hingga ke jualan, pengedaran, kutipan dan sebagainya.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2020/06/7.jpg?resize=567%2C954&ssl=1)
Atas dasar itu, saya lebih utamakan untuk hantar kepada penerbit. Selepas sekian lama, akhirnya dapat juga.
“Nyaris” terbit sewaktu PBAKL baru-baru ini selepas sebuah penerbit besar yang sudi terima manuskrip ini, tapi tergendala akibat MCO. Publisher tangguhkan penerbitan ke tarikh yang belum diketahui.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2020/06/8.jpg?resize=454%2C960&ssl=1)
Rupa-rupanya perancangan Allah lagi baik. Ketika MCO, sebahagian manuskrip diupgrade dan ditambah content video, ebook baru, e-workbook dan dipakejkan dalam #eSeminarBMW.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2020/06/9.jpg?resize=530%2C954&ssl=1)
Apapun, manuskrip penuh buku BMW masih dalam simpanan untuk “reserve” andai terbit buku fizikal supaya ada kelainan dan value tersendiri berbanding e-learning.
Sementara nak siap buku fizikal yang tak tau bila, boleh dapatkan dulu versi e-learning di eSeminarBMW Ia bukan sekadar ebook.
![](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2020/06/10.jpg?resize=531%2C954&ssl=1)
Andai siap nanti buku fizikal, ia semestinya berbeza dengan e-learning.
#eSeminarBMW adalah buku fizikal BMW yang tersakiti 😁
Followers lama, perasan tak perkara ni?
Doakan, teman-teman.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................![Buku FIRE](https://i0.wp.com/afyan.com/wp-content/uploads/2023/05/BukuFIRE-NEW-1.png?w=678&ssl=1)
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran