Pertama Kali Makan Char Kuey Teow Lamb
1. Hari Jumaat lepas saya ada program #SeminarBMW di Port Dickson, jemputan daripada sebuah jabatan kerajaan.
2. Tapi bukan itu yang saya nak cerita. Saya nak cerita tentang pengalaman pertama kali makan Char Kuey Teow Lamb!
3. Walaupun dah banyak kali ke PD, tapi ini pertama kali makan di sini. Selama ini tak perasan pun restoran ini. Ini gara-gara Tuan Aiman Zaki Salleh yang perkenalkan saya ke restoran tepi jalan yang meriah ini.
4. Perkara yang sangat mengujakan saya, restoran ini ada sijil Halal JAKIM! Jarang jumpa restoran Melayu Muslim tepi jalan begini yang mempunyai inisiatif untuk mendapat kelulusan Halal JAKIM. Ia bukan kerja mudah.
5. Sesebuah restoran yang mendapat standard Halal JAKIM, akan disemak setiap inci restoran dari pintu ke pintu sehingga bahagian yang paling penting iaitu dapur serta bahan mentah sebelum diluluskan oleh JAKIM. Pembekal-pembekal pun perlu ada sijil Halal Jakim dan pekerja-pekerja juga akan diperiksa.
6. Masa saya sampai kira-kira setengah jam waktu maghrib, orang tak ramai. Tapi meja dah penuh dari hujung ke hujung. Sebelum sampai, signboard memang banyak. Marketing power ni.
7. Memang kebetulan, Char Kuey Teow dan lamb chop antara makanan kegemaran saya. Dan ini kali pertama jumpa menu Char Keoy Teow Lamb! Harga pun tak mahal. Tak silap saya RM16.90 sahaja. Maka diet ke laut.
8. Tuan Aiman pula order Char Kuey Teow Sotong. Sotong pula dapat 2 ekor besar-besar, saya ciluk satu. Hahaha!
9. Tambah saya impress lagi dengan restoran ini ialah, waiter di sini ambil order pakai applikasi guna handphone. Memang canggih! Jarang jumpa restoran Melayu Muslim selama ini yang ambil order pakai Apps. Selalunya restoran Mamak.
11. Waiter yang ambil order pun memang ramah dan explain satu per satu menu masakan yang ada sambil mencadangkan dan upsell menu-menu lain. Memang saya tewas di situ. Diet saya ke Laut Selat Melaka yang berdekatan PD.
12. Selepas itu saya difahamkan, setiap pekerja ada ada KPI tertentu yang direkodkan berdasarkan applikasi tersebut.
13. Bagi waiter, KPI berdasarkan jumlah sales yang masuk. Manakala bagi tukang masak pula berdasarkan jumlah menu dan kecepatan masa mereka memasak.
14. Kemudian, makanan dapat tak perlu tunggu lama. Saya buat order tambahan pun tak perlu tunggu lama walaupun pelanggan sudah mula ramai.
15. Ada satu lagi perkara yang saya kagum, mereka ada sistem delivery dan runner tersendiri yang membuat penghantaran ke sekitar Port Dickson. Alangkah bagusnya kalau ada delivery ke Gombak kan?
16. Sistem pengambil order secara automatik, maka sistem pembayaran pun sudah tentu secara automatik. Hanya berikan nombor meja, terus bil keluar. Tak perlu beritahu menu yang ditempah.
17. Semoga lebih ramai usahawan Muslim terutama restoran Melayu yang mampu membina sistem restoran secanggih dan sehebat ini.
18. Perkhidmatan begini sangat didambakan oleh para pelanggan;
i. Pelayan datang mengambil tempahan dengan muka yang manis. Bukan muka masam sebab terpaksa layan pelanggan.
ii. Makanan yang dipesan cepat sampai. Tak perlu bagi alasan “pelanggan ramai”, “tukang masak tak cukup” apabila lambat sampai.
iii. Masakan yang sedap. Expectation dan realiti seiring.
iv. Masa nak bayar tak perlu nak beritahu balik makan apa.
v. Harga berpatutan dan berbaloi. Mahal takpa tapi biar servis tip-top dan makanan sedap.
19. Setuju tak kalau saya katakan, 5 ciri di atas sangat-sangat didambakan oleh pelanggan mana-mana restoran? Jika setuju boleh share posting ini.
20. Ini gambar-gambar bukti kami ke sana. Tapi 2 gambar pertama sahaja. Makan sampai tak ingat ambil gambar bukti. Gambar-gambar lain saya baru ciluk dari FB King’s CHAR KUEY TEOW..
Afyan Mat Rawi
Sedang rancang untuk diet esok.
Baca sampai habis? Minta tolong sikit boleh?
1. Follow dan klik see FB.com/afyan.ikhlas ini first jika belum
2. Klik share posting ini
3. Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;
Telegram t.me/AfyanIFP
YouTube.com/c/AfyanIFP
Instagram.com/Afyan.IFP
Sumber FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran