fbpx

Aku Tak Bayar Sebab Aku Rasa Macam Tak Pakai Pun

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 586Words
  • 337Views

Dipetik dari FB Azrul Razlan

 


“Assalammualaikum Encik Azrul, dah lama tak jumpa, maaf lambat saya baru keluar dari bilik bos tadi.”

“Ooh, baru je dalam 10 minit.”

“Nak order air, saya minta pembantu saya buatkan”

“Tak perlu Encik Kamal, saya baru sahaja lepas jumpa client tadi, penuh dengan air je nie”

Saya mengenali Encik Kamal 10 tahun dahulu ketika beliau berkerja di Syarikat Teknologi di Cyberjaya. Beliau merupakan team leader dalam projek itu. Saya merupakan vendor kepada syarikat Encik Kamal berkerja.

“Encik Kamal bawa document itu, Saya berminat nak tolong Encik Kamal untuk tengokkan polisi lama tu”

“Tapi Azrul aku lama dah tak bayar”

“Ooo. Dengan siapa En Kamal ambil? Tak ada wakil Syarikat menghubungi En Kamal, Kenapa tak sambung bayar En Kamal?”

“Itu lah, saya dulu ambil dengan (xxx). Dulu aku rajin la bayar bulan bulan. Tapi sekarang aku tak bayar sebab aku rasa macam tak pakai pun. Kalau anak masuk hospital aku pakai company punya.”

“Ooh ye ke. Saya faham tu. Ramai je saya jumpa orang macam tu. Dia tak nak bayar sebab rasa under utilize. Lama dah ke gak bayar En Kamal?”

“Lama jugak lah. Almost 1 tahun lebih macam tu”

“Lah, sayangnya. Lagi bagus kalau Encik Kamal sambung je bayar sebenarnya”

“Tapi macam tak pakai je. Aku rasa macam rugi lah pulak, company pun ada”

“Pada pendapat saya, tak da rugi Encik Kamal. Saya percaya En Kamal carum haritu pun sebab untuk emergency kan?”

“Hah”

“Macam ni lah En Kamal. Saya bagi analogi yang senang En Kamal faham lah eh?”

“Ok. Boleh-boleh”

“Encik Kamal drive ke pergi keje?”

“Haah”

“Mesti selalu pakai seatbelt kan?”

“Yep”

“Mesti selalu ikut peraturan lampu isyarat kan?”

“Yep”

“Cuba bayangkan esok Encik Kamal tengah rushing. Tak pakai seatbelt and langgar je lampu merah. Sebab jalan biasa kita lalu hari-hari. So kita tau lah mane nak cilok kan?”

“Betul-betul. Selalu buat tu”

“Tiba-tiba haritu polis buat roadblock. Tak pernah-pernah polis buat roadblock jalan Tuan selalu guna tu tapi pada haritu dia buat. Dan dan Tuan tak pakai belt and langgar traffic light”

“Apa lagi kena saman 2 benda, belt dan Langgar lampur merah”

“Kikikihaha. Macam pengalaman je ni Azrul” En Kamal mencelah

“Kalau tak kene saya tak cakap. Haha”

“Masa tue kita mesti akan cakap. Aduh masa aku tak pakai belt lah kau nak buat roadblock. Padahal bertahun aku lalu jalan ni, pakai belt tak pernah pun kau nak buat roadblock”

“Hahaha. Macam mane baca fikiran aku ni” Encik Kamal gelak besar

“Lepas tu kene saman” saya sambung lagi.

“So, En Kamal macam tu insuran sebenarnya. Rasa tak pakai. Rugi bayar mahal-mahal ataupun membazir”

“Tapi sebenarnye En Kamal the moment kita tak bayar tu lah kita nak guna polisi tu”

Encik Kamal berfikir “Betul tu apa yang Encik Azrul cakap.”

“Kalau kene saman tak pe kita boleh bayar En Kamal. Polisi kalau tak bayar lepas tu lapse, time tu pulak kita tengah emergency. Fuuuhhh buat naya En Kamal”

“Biasanya kalau saya jumpa orang tak bayar, cepat cepat saya suruh dia bayar balik Encik Kamal. Bukannya ape, takut time die tak bayar time tu lah dia nak guna”

“Macam kes seatbelt ni lah, selalu pakai tak de roadblack. Time kita tak pakai time tulah ada roadblock. Kene saman lagi”

AMACAM? DAPAT SESUATU TAK?

KOMEN “DAPAT”

.
TAG & SHARE dkt kawan-kawan, sedare mare korang yang dah ada insurance atau bakal ambil insurance tak lama lagi tu.. Bior derang nampak kepentingan Perlindungan supaya tak salah sign.

.
#AbiSenyum
#StrategicKewangan
#InfaqConsultant
#part2menyusulnanti

Nota: En Kamal bukan nama sebenar

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari Ridhuan Malik Satu hari berbual dengan kawan-kawan, tiba-tiba…