Perubahan kecil, keputusan luar biasa: Kisah transformasi pasukan berbasikal British di bawah bimbingan Dave Brailsford
Tengah mengunyah buku ini, Atomic Habits. Tiada kaitan dengan syarikat MLM yang menjalankan Missiniori Kristianisasi ya
Tagline buku tulisan James Clear ini, “Tiny changes, remarkable results”.
“Perubahan yang kecil, dengan hasil yang luar biasa”.
Ahad lepas saya termenonton video review buku ini di Tiktok, lantas saya buat sedikit kajian.
Ternyata buku ini mendapat banyak rekomendasi dan ulasan positif dari seluruh dunia. Tidak hairanlah ia menjadi bestseller.
Lepas menonton banyak video dan tulisan yang memberi ulasan tentang buku ini, lantas saya mengambil keputusan untuk membelinya.
Survey di Shoppe, ada banyak seller menjualnya. Ada yang versi cetak rompak, ada juga versi Indonesia dan ada versi original.
Saya tak sabar untuk dapatkan buku ini, jadi kena cari di kedai buku. Kalau online, entah bila pula akan sampai. Lalu saya cari di kedai buku Popular. Lepas dua kedai buku Popular, baru berjaya dapatkan buku ini.
Antara yang menarik dikongsi dalam buku ini tentang Pasukan Berbasikal British mencipta sejarah di bawah bimbingan Dave Brailsford.
Selama ratusan tahun kewujudan Pasukan Berbasikal British, mereka hanya pernah menang medal sekali sahaja dalam Sukan Olimpik, dan tak pernah memenangi sebarang medal dalam acara berbasikal antarabangsa, Tour de France.
Malah, syarikat pengeluar basikal Eropah tidak sanggup untuk menjual basikal kepada pasukan mereka disebabkan prestasi buruk pasukan itu. Mereka takut sekiranya jualan merudum apabila pasukan profesional lain melihat pasukan British menggunakan basikal mereka.
Kesian kan? Sampai macam tu sekali imej Pasukan Berbasikal British.
Semuanya berubah selepas Dave Brailsford mengambil alih sebagai coach pasukan itu. Prinsip Dave Brailsford:
“The whole principle came from the idea that if you broke down everything you could think of that goes into riding a bike, and then improve it by 1 percent, you will get a significant increase when you put them all together.”
Siapa faham, tolong terjemah.
Prinsip Dave mudah sahaja, kumpulan segala penambahbaikan-penambahbaikan kecil, ia akan memberi penambahbaikan baikan yang besar dan signifikan.
Itulah yang dilakukan oleh Dave.
Apa yang dilakukan oleh Dave, tidak pernah dilakukan oleh jurulatih-jurulatih sebelum ini. Malah apa yang dilakukan oleh Dave, adalah perkara yang tidak pernah difikirkan oleh mereka yang berada dalam pasukan itu selama ini.
Antara yang dilakukan
- Mengubah rekabentuk tempat duduk basikal supaya lebih selesa
- Menyapu alkohol pada tayar supaya mencengkam lebih kuat
- Meminta penunggang memakai seluar pendek yang dipanaskan untuk mengekalkan suhu dan otot yang ideal ketika menunggang
- Mencuba beberapa jenis sut yang lebih ringan dan aerodinamik
- Mencuba pelbagai gel untuk mengurut, untuk memastikan pemulihan otot lebih pantas.
- Membayar doktor yang mengajar cara mencuci tangan dengan betul supaya bebas daripada virus.
- Mendapatkan bantal yang sesuai supaya pelumba dapat tidur nyenyak.
- Mengecat trak dengan warna putih supaya dapat melihat sekecil-kecil debu, yang biasanya tidak sesiapa perasan tapi boleh mengurangkan prestasi ketika menunggang.
Ketika membaca petikan di atas, saya semacam tidak percaya ini dilakukan untuk melatih sebuah pasukan lumba basikal!
Apa yang berlaku selepas itu menjadi sejarah.
- Pasukan Berbasikal British mendominasi acara berbasikal ketika Sukan Olimpik 2008 di Beijing dengan memenangi 60% medal dalam acara berkenaan,
- 4 tahun selepas itu, mereka menempa 9 rekod Olimpik dan memecahkan 7 rekod dunia di Sukan Olimpik, London.
- Tahun yang sama, Bradley Wiggins menjadi orang British pertama menang acara lumba basikan di Tour di France
- Tahun berikutnya pula, rakan sepasukannya Chris Froome pula memanangi acara berkenaan dan mengulangi untuk tahun 2015, 2016 dan 2017!
- Dari 2007 hingga 2017, pasukan berbasikal British memenangi 178 pertandingan antarabangsa, 66 pingat emas Olimpik dan Paralympic dan 5 kemenangan di Tour di France.
Apa yang terjadi?
Semuanya bermula dengan perubahan-perubahan kecil yang dikumpul-kumpul sehingga menghasikan impak yang sangat besar!
Saya masih lagi dalam bab pertama buku ini yang memberikan analogi kuasa kompaun 1%.
Biasanya apabila disebut perubahan, kita melihat ia perubahan “quantum leap” atau perubahan 180 darjah atau 360 darjah, barulah ia memberi impak dan kesan yang signifikan, tapi buku ini memberi sudut pandang yang begitu berbeda.
Kita hanya perlukan perubahan 1% sahaja sehari dan hasilnya dalam masa setahun ia meningkat kepada 37 kali ganda! Perubahan 1% ini adalah perubahan yang tidak ketara, tidak perasan dan tidak nampak sebarang signifikan pada awalnya. Tapi ia membentuk rutin dan akhir sekali ia menjadi habit.
Perkara sama juga berlaku sekiranya perubahan itu berlaku kepada sesuatu amalan buruk. Kesannya juga akan terkompun dan akhirnya membuahkan kesan toksik yang buruk.
Peningkatan 1% setiap hari selama setahun menghasilkan hasil 37 kali ganda dalam masa setahun, dan 1% penurunan setiap hari membawa kepada hampir kosong selepas tempoh sama.
Ada yang berminat untuk saya kongsikan lagi kandungan buku ini dalam posting akan datang?
Boleh dapatkan secara online di Shoppe. Klik di sini
Versi Indonesia pun ada. Klik di sini
Saya baru sambung Part 2 di sini
Sambungan Part 3 di sini
Afyan Mat Rawi, IFP
Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran