fbpx

Atomic Habits: Perubahan kecil untuk hasil yang luar biasa

  • 1 year ago
  • 6Minutes
  • 1107Words
  • 268Views

Ini adalah sambungan dan posting kedua berkenaan buku ATOMIC HABITS.

Tulisan kali ini agak panjang. Boleh share dulu untuk dibaca balik kemudian.

Dalam buku ini, tagline “perubahan kecil yang memberi hasil luar biasa” menggunakan analogi kuasa kompaun untuk menunjukkan simulasi bagaimana perubahan-perubahan kecil boleh memberikan impak yang luar biasa.

Rujuk simulasi kira-kira di bawah.

Jika sehari kita menambah 1% berbanding hari sebelumnya, ia menghasilkan

1 + 1% = 1.01

1.01 + 1% = 1.0201

1.0201 + 1% = 1.030301

dan begitulah seterusnya sehingga 365 kali ia akan menjadi lebih 37 kali ganda daripada nilai asal.

Begitu juga menolak 1% akan menjadi

1 – 1% = 0.99

0.99 – 1% = 0.9801

0.9801 – 1% = 0.970299

… dan seterusnya sebanyak 365 kali ia menghampiri nilai 0.

Ini rumusannya:

– 1% lebih baik setiap hari berbanding hari sebelumnya = 0.99 (kuasa 365) = 37.78

– 1% lebih buruk setiap hari berbanding hari sebelumnya = 37.78

Inilah falsafah dan mesej di sebalik perkataan “Atomic” yang dipilih menjadi judul buku ini.

Atom merujuk kepada

1. Unit terkecil dalam sesuatu perkara yang tidak boleh dipecah-pecahkan lagi.

2. Sumber kuasa atau saya yang teramat besar.

Uniknya perkataan “Atom” ini kerana ia merujuk kepada unit yang paling kecil dan juga perkara besar!

Kuasa kompaun ini biasa digunakan dalam pelaburan dan kewangan. Jadi, apabila diperkenalkan konsep Atomic Habits melalui analogi kuasa kompaun, ini saya benar-benar jatuh cinta kerana ia biasa saya amalkan dan lakukan dalam bidang kewangan.

Perubahan-perubahan kecil selalunya kita tak perasan. Apabila 1 berubah kepada 1.01, ia tidak memberi sebarang signifikan. Juga apabila 1.01 berubah kepada 1.0201 dan kemudian berubah kepada 1.030301 – pun tidak memberi sebarang impak yang signifikan.

Begitu juga halnya perubahan yang mengurang. Daripada 1 kepada 0.99, langsung tidak perasan. Kemudian berubah lagi kepada 0.99365, memang tiada siapa perasan.

Berat badan bertambah atau menurun 10 gram tiada siapa perasan. Wang simpanan bertambah atau menyusut RM1, kita pun tak peduli. Jualan meningkat atau merosot RM10 sehari, tak memberi impak besar kepada perniagaan kita.

Tapi apabila perubahan-perubahan kecil tadi diteruskan dan diteruskan dan diteruskan, akhir sekali ia akan memberi perubahan yang sangat besar berbanding asal.

Penurunan berat badan sebanyak 10 gram, boleh menjadi 10 kg – 20 kg kalau pun tak menjadi otot kita seperti atlet bina badan. Simpanan RM1 boleh menjadikan tabungan RM1000, satu permulaan yang baik untuk menjadikan kewangan lebih baik. Keuntungan RM10 tadi boleh menjadi batu jambatan kepada jualan ratus-ratus ribu malah jutaan sebulan sebulan.

Inilah yang terjadi dalam kehidupan kita sehari-hari yang akhirnya ia sudah sebati menjadi tabiat atau habit.

NOTA: Saya akan gunakan perkataan “habit” secara bergilir dengan “tabiat”. Sebab nanti kalau nak memberi contoh “buang habit” kepada “buang tabiat”, nampak janggal pula

Contohnya jika kita seorang yang obesiti, pergi ke gimnasium dan melakukan aktiviti workout. Jika setiap hari kita lakukan selama seminggu, adakah kita terus mendapat six pack seperti ahli bidan badan? Tidak sama sekali.

Atau jika kita seorang usahawan , setiap hari kita berkongsi kepada 5 orang prospek, adakah selepas seminggu dua kita akan menjadikan kita usahawan berjaya? Tidak.

Atau jika kita membuat simpanan RM1 sehari, menjadikan kita jutawan? Pun tidak juga.

Hasil yang kita akan peroleh adalah bergantung kepada sejauh mana kita konsisten dan menambahkan atau mengurangkan sedikit demi sedikit.

Jika seorang yang obesiti tadi, konsisten melakukan workout bermula daripada 10 minit sehari, kemudian meningkat 5 minit setiap minggu berikutnya, selepas setahun dia pasti akan mendapat berat badan yang ideal malah mungkin lebih cepat.

Jika seorang usaha yang baru bermula dengan berkongsi kepada 5 orang prospek setiap hari dan setiap minggu dia menambah jumlah prospek hari kepada 6, kemudian 7 dan seterusnya pada minggu berikutnya, selepas setahun pasti dia mendapat hasil yang memuaskan. Yang penting ia perlu konsisten.

Sama juga jika kita bermula dengan menyimpan sehari RM1, dan bertambah kepada RM2 pada minggu berikut, kemudian RM3 pada minggu berikutnya sehingga setahun, pasti kita mempunyai tabungan yang lebih baik berbanding kita tak buat apa-apa.

Perkara sama juga berlaku apabila terjadi sesuatu yang buruk.

Makan makan berkolesterol dan tidak sihat setiap hari selama seminggu, tidak menjadi berat badan kita bertambah 10kg ke 20kg. Tapi jika ia dilakukan secara konsisten, nescaya berat badan kita akan bertambah sedikit demi sedikit.

Pertambahan berat sebanyak 10 gram setiap hari, mungkin kita tak perasan malah mesin penimbang pun tak menunjukkan berat yang ketara. Tapi jika ia dikumpul-kumpul setiap hari selama setahun? Anda kiralah sendiri berapa jumlahnya.

Begitu juga akan berlaku dalam situasi-situasi lain.

Jika seorang usahawan yang baru bermula tidak melakukan aktiviti berjumpa prospek dan hanya mengharap bakal pelanggan datang, kebarangkalian besar perniagaannya akan gagal.

Jika kita berbelanja setiap hari tanpa membuat sebarang simpanan, kira akan pokai setiap bulan dan tidak akan mempunyai sebarang simpanan.

Jika kita mengulang dan mengulangi dan mengulangi kesalahan dan perkara buruk yang kecil setiap hari, ia akan terkumpul menjadi satu toksik dalam tabiat seharian kita, sebelum ini menimbulkan masalah yang besar dalam kehidupan.

Sama ada kita menjadi obesiti, bisnes kita tidak berjaya atau pokai walaupun selepas bertahun-tahun bekerja, ia tidak terjadi secara tiba-tiba.

Malah, jika anda memiliki RM1 juta simpanan tapi belanja anda melebihi pendapat setiap bulan pun, ia akhirnya akan menjadikan kita pokai.

Bak kata pepatah, “Gunung pun jika ditarah setiap hari lagikan rata”.

Sudah banyak kita membaca dan melihat kejadian-kejadian seumpama ini berlaku kepada selebriti, artis, ahli sukan yang dahulunya kaya raya memiliki lebih 1 juta harta dan aset tapi sekarang hanyalah bekas jutawan dan papa kedana.

Kenapa? Ia bermula dengan satu tabiat buruk sekecil 1%. Dengan wang sebanyak 1 juta, memang tak perasan jika sekadar shopping 5,000 untuk beg tangan berjenama antarabangsa. Tapi jika setiap minggu shopping, tukang cap duit pun boleh bankrap.

Justeru, apabila kita ingin mendapatkan kehidupan yang lebih baik daripada sekarang, kita perlu melakukan perkara yang membawa menuju kepada perkara tersebut.

Sebagai contoh jika kita menaiki kapal terbang daripada Lapangan Terbang Subang menuju ke Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang, pilot sudah menetapkan arah tuju kapal terbang. Sekiranya sudut arah itu berubah beberapa darjah daripada Subang, kapal terbang tadi mungkin mendarat di Alor Setar atau mungkin di Hatyai 🤣

Jika kita ingin menjadikan kewangan kita lebih baik daripada sekarang, apa yang kita perlu lakukan ialah menambah pendapatan, bekerja lebih masa, berniaga kecil-kecilan berjimat-cermat, menabung, berbelanja apabila perlu, mengurangkan makan luar dan sebagainya. Kita takkan jadi kaya raya dan jutawan dalam masa sebulan dua mengamalkan tabiat ini. Tapi lihatlah kepada impaknya dalam masa 10 ke 20 tahun mendatang.

Membina habit adalah strategi serampang 2 mata. Membina habit yang positif sekaligus membuang habit yang negatif. Begitulah sebaliknya, tabiat buruk terbentuk dalam masa sama tabiat terhapus sedikit demi sedikit.

Ia selari dengan pepatah Melayu “sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit”.

Malah dalam Islam pun ada gesaan yang sama oleh Rasulullah (selawat)

“Amalan yang paling dicintai oleh Allah Ta’ala adalah amalan yang berterusan walaupun jumlahnya sedikit”. Hadith sahih yang direkodkan oleh Imam Bukhari.

Jadi, apakah cara untuk kita membina habit yang positif sekaligus membuang habit yang negatif?

Ramai ke yang baca sampai habis?

Insya Allah saya akan sambung jika ramai yang berminat untuk saya sambung lagi penulisan tentang buku ATOMIC HABITS ini. Ramai yang nak?

Afyan Mat Rawi, IFP

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Anda pernah melabur atau masih melabur dalam unit trust? Pernah…