fbpx

Petanda buruk buat sistem pendidikan negara apabila lepasan SPM tidak berminat untuk sambung belajar ke universiti

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 258Words
  • 375Views

Ini satu petanda buruk buat sistem pendidikan negara apabila lepasan SPM tidak berminat untuk sambung belajar ke universiti.

Dengan apa yang berlaku, negara akan kehilangan ramai pakar. Pakar IT pakar ekonomi. Jaguh sukan dan juga jutawan. Berkereta jenama negara. Megah menyusur di jalan raya. Alam siber teknologi terkini

Ok, kita kembali ke mode serius.

Minggu lepas viral berita di Berita Harian, berkenaan kajian dapati bahawa 72.1% enggan sambung pelajaran selepas SPM

Mungkin mereka lebih minat untuk bekerja terus tanpa perlu sambung belajar lepas SPM.

Berita ini disiarkan semalam, berdasarkan hasil kaji selidik Jabatan Perangkaan Malaysia pada 2019.

Kaji selidik mengenai tenaga buruh itu disalurkan kepada Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sebelum diterbitkan di bawah Laporan Daya Saing Global 2019 oleh World Economic Forum dengan Perbadanan Produktiviti Malaysia adalah rakan institutnya.

gambar sekadar hiasan

Perkembangan gigs ekonomi hari ini yang menyaksikan ramai anak muda yang berpelajaran tinggi lebih suka bekerja sebagai rider penghantaran makanan, bakal memberi kesan 10 ke 20 tahun akan datang apabila generasi ini berkeluarga dan beranak-pinak.

Apabila mempunyai anak-anak yang habis belajar kelak, mereka akan beritahu anak-anak remaja mereka kelak, bahawa tidak perlu belajar tinggi sebab nanti keluar tak ada peluang kerja yang seiring dengan kelulusan. Lebih baik cari kerja terus daripada sambung belajar. Belajar tinggi-tinggi pun, habis belajar kena tanggung hutang PTPTN.

Apa pandangan anda?

IKLAN: PELUANG tambah pendapatan sebagai konsultan kewangan dan takaful bersama saya di INFAQ Consultancy

InsyaAllah boleh tambah pendapatan setiap bulan. Klik

Boleh dapat increment income setiap bulan selagi mana kita berusaha.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB INFAQ Consultancy https://www.facebook.com/INFAQ.my/posts/pfbid04T6eet9bdzCqLLXZmoQ41W3Ua7YF1tox5tQoRnNUZYpuhYVNM4Xjiqn6avWu9UBTl Alhamdulillah, settle claim hospital…