fbpx

Pilihlah Takaful dan Elakkan Insurans Konvensional

  • 6 years ago
  • 1Minute
  • 193Words
  • 668Views

Pagi-pagi terima mesej berhubung Medisavers.

Perkara ini beberapa kali saya tulis di
https://afyan.com/vmc.html/
https://afyan.com/medisavers-takaful.html/

Kepada rakan-rakan Muslim yang mempromosi Medisavers, lebih-lebih yang menggunakan nama saya sebagai testimoni, mohon untuk TIDAK mempromosi insurans konvensional.

Pilihlah takaful yang patuh syariah.

Yang saya jumpa secara depan-depan membawa borang pelanggan yang mengisi insurans konvensional, saya akan tegur depan-depan.

Juga ada yang saya mesej secara personal apabila lihat mempromosi insurans konvensional di FB mereka.

Selaku perunding dalam bidang kewangan, tugas saya bukan sekadar untuk mengajak rakan-rakan elak dari #nerakawang malah juga untuk elak dari neraka jahanam. Ia neraka sejati. Panasnya ialah panas yang betul-betul panas.

Hukum insurans konvensional sudah disepakati haram oleh para alim ulama. Ia mengandungi dosa riba dan riba ialah sebesar-besar dosa di dalam Islam melebihi dosa merompak, membunuh, merogol, berzina, makan babi, makan rasuah dan segala macam jenis dosa – umpama berperang dengan ALLAH.

Bagi yang sudah terlanjur, sentiasa ada masa untuk berhijrah selagi mana matahari belum terbit dari barat.

Wassalam.
Afyan Mat Rawi
Klik see first dan follow telegram t.me/AfyanIFP utk lagi tip dan info kewangan & kehidupan

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Selepas setahun, dana ini menunjukkan pulangan yang sungguh membanggakan! BIMB-Arabesque…