fbpx

Tempoh bertenang / cooling off period dalam polisi takaful

  • 7 months ago
  • 2Minutes
  • 201Words
  • 194Views

Tahukah anda, selepas melanggan polisi takaful kita boleh TARIK BALIK polisi berkenaan dan dapat 100% refund yang sudah kita bayar?

Ia dipanggil TEMPOH BERTENANG atau COOLING OFF PERIOD, yang selalunya dalam masa 14 hari selepas polisi diluluskan.

Dalam tempoh berkenaan, pelanggan boleh membuat bacaan ke atas polisi dan bandingkan dengan apa yang diterangkan oleh ejen ketika sign up tempoh hari.

Fungsi COOLING OFF PERIOD Ini adakah untuk memastikan klien membaca keseluruhan polisi dan memastikan apa yang terkandung dalam polisi seiring dengan apa yang diterangkan oleh ejen.

COOLING OFF PERIOD Ini adalah penting kerana ia memberi peluang kepada pemegang polisi untuk meninjau semula keputusan mereka selepas sign up polisi takaful.

Ini penting kerana kadang-kadang pemegang polisi mungkin membuat keputusan berdasarkan tekanan atau tanpa memahami sepenuhnya terma dan syarat polisi.

Dengan adanya cooling off period, mereka boleh memeriksa dengan lebih teliti, mendapatkan nasihat jika perlu, dan jika merasa polisi tidak sesuai, mereka boleh membatalkannya tanpa menanggung caj atau penalti.

Ini melindungi hak pemegang polisi dan membantu memastikan mereka membuat keputusan yang bijak berkaitan dengan perlindungan takaful mereka.

Jadi, sekiranya pelanggan tidak puas hati maka mereka boleh TARIK BALIK polisi berkenaan dan dapat refund 100% pembayaran yang dilakukan.

Gambar sekadar hiasan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Beberapa minggu ini saya kongsikan peluang sebagai Pengurus Ejensi atau…