fbpx

Plot Twist Dalam Kisah Remaja Curi Duit Tabung Masjid

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 348Words
  • 372Views
Gambar sumber dari Utusan

Banyak betul plot twist dalam kisah remaja curi duit tabung masjid.

Dimulai dengan video dia dihukum mandi jenazah oleh AJK masjid dan dilibas oleh Pak Imam.

Kemudian, ramai yang sokong dan tak kurang juga yang kecam.

Yang sokong kata ia sebagai pengajaran.

Yang kecam kata hukuman begitu tidak berhikmah dan menjauhkan orang daripada masjid.

Maka seperti biasa, saling kecam mengecam antara netizen yang menyokong dan membangkang.

Plot twist pertama muncul apabila ada yang mendakwa remaja itu curi duit untuk beli ubat datuknya yang sakit kencing manis. Geng yang membangkang tadi dapat modal baru.

Kemudian, berlaku lagi plot twist apabila ada netizen yang mendakwa, ubat kencing manis di klinik kerajaan sepatutnya percuma sahaja. Maka geng yang menyokong tadi pula dapat modal baru.

Kemudian remaja itu ditangkap oleh polis dan dijatuhkan hukuman penjara dan denda oleh mahkamah majistret.

Polemik baru

Muncul polemik baru. Netizen berdebat pula kewajaran pihak masjid yang sudah menjatuhkan hukuman mandi jenazah kemudian dibawa pula kepada pihak polis. Netizen yang menyokong mengatakan bahawa itulah hukuman yang sewajarnya. Netizen yang membangkang mengatakan tak wajar dibawa ke pihak polis sebab sudah dihukum mandi jenazah.

Tidak kurang juga yang mengatakan hukuman oleh hakim mahkamah majistret itu keterlaluan dan tidak setimpal.

Ada netizen yang mengatakan bahawa hukuman mandi jenazah itu jauh lebih ringan berbanding hudud yang sepatunya kena potong tangan. Ada netizen membidas bahawa jika hudud dilaksanakan pun, pihak masjid tak boleh jatuhkan hukuman sebelum dibicarakan.

Plot twist baru pula muncul apabila ada dakwaan bahawa remaja tersebut datang daripada keluarga miskin yang hidup dalam kesusahan dan apa yang berlaku adalah keterlaluan.

Setakat pagi tadi, satu lagi plot twist muncul apabila ada dakwaan yang mengatakan bahawa remaja berkenaan ada penagih dan hakim memutuskan hukuman dengan mengambil kira perkara tersebut. Malah dikatakan pihak masjid sudah lama kenal remaja berkenaan dan masak dengan perangainya sebegitu rupa sebelum dijatuhkan hukuman.

Persoalannya, siapa yang nak mandikan jenazah jerung-jerung di negara kita?

IKLAN: http://bukubmw.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

www.bukuBMW.com
www.bukuBMW.com
www.bukuBMW.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah.... Permulaan yang baik utk tahun 2022! Tanpa tayang kereta…