fbpx

Point Penting “Kerana Wang Keluarga Binasa”

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 380Words
  • 430Views

Ini bukan gambar saya sedang ber”metamorphosis” untuk keluarkan aura.

Beberapa hari lepas saya ke udara dalam rancangan Assalamualaikum di TVAlhijrah, dengan topik “Kerana Wang Keluarga Binasa”

Berikut merupakan beberapa isi penting yang saya kongsikan tadi serta sedikit penambahan yang tak sempat saya sampaikan.

1- Satu kajian di US mendapati bahawa kadar penceraian seiring dengan naik turun ekonomi negara. Ketika negara dilanda krisis ekonomi, tahap perceraian meningkat.

2- Dari satu kajian Psychological Science in the Public Interest di US, mendapati bahawa tahap kebahagiaan 400 jutawan oleh Majalah Forbes, sama dengan tahap kebahagiaan yang dikecapi oleh penduduk orang-orang asli di Kepulauan Masai, Afrika!

3- Masalah kewangan tidak datang secara tiba-tiba. Antara punca banyak masalah kewangan bermula dari muda ialah daripada pembelian kereta. Beli kereta tak salah tapi ramai yang beli kereta yang salah dan menuju ke #nerakawang

Tonton video di Youtube Channel disini

4- Bermula daripada membeli kereta yang salah menyebabkan beban kewangan daripada fresh graduate, akhirnya membawa ke alam rumah tangga.

5- Permasalah kewangan akan lebih kronik apabila berhutang untuk kahwin. Sudahlah masa belajar berhutang (PTPTN, MARA, JPA dll), selepas grad berhutang beli kereta, nak kahwin tambah satu lagi hutang personal loan!

6- Apabila masalah kewangan mulai bertambah, orang akan cuba cari solusi seperti buat hutang baru untuk tutup hutang lama, atau pun cari kerja part time untuk tambah pendapatan.

Tonton video di Youtube Channel disini

7- Realitinya, solusi yang dibuat tadi hanya menyelesaikan masalah kewangan untuk jangka masa pendek dan dalam masa sama menimbulkan masalah-masalah baru.

8- Buat hutang baru untuk selesai hutang lama akan menyebabkan tempoh hutang makin panjang. Ada juga yang pendapatan makin besar dalam masa sama perbelanjaan juga bertambah.

9- Jika sesuatu pokok itu mengeluarkan buah yang tidak elok, yang kena kita baja ialah “akar”, maka begitulah juga masalah kewangan. Yang kita kita kena fokus ialah “akar” permasalahan, bukannya “buah”

10- Fokus untuk baiki “akar” iaitu mindset kita tentang kewangan. Kena letak “baja” dengan ilmu melalui bahan pembacaan dan pembelajaran.

Tonton video di Youtube Channel disini

Terima kasih kepada krew TV Hijrah yang sudi untuk menjemput saya buat ke sekian kalinya.

Tonton video-video di atas di
Bahagian 1: Youtube Channel disini
Bahagian 2: Youtube Channel disini
Bahagian 3: Youtube Channel disini

Boleh follow Youtube Channel disini untuk lagi video-video menarik

Afyan Mat Rawi

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tak sampai 3 bulan lagi, menjelang tahun 2020. Wawasan 2020…