fbpx

Apa Itu Takaful Trust ?

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 423Words
  • 401Views

Dipetik dari FB Rashid Mohaimin

Takaful Trust
—————–

Pernah dengar terma Takaful Trust? Saya pasti ramai yang pernah dengar atau tak pernah dengar langsung.

Takaful Trust ialah cara pengurusan pampasan takaful yang eficient melalui syarikat trustee yang dilantik.

Kenapa lantik syarikat trustee untuk uruskan pampasan? Kan pampasan boleh diberikan terus kepada penerima melalui hibah? Kan hibah untuk kemudahan waris?

Sabar tuan-tuan dan puan-puan…

Mari kita lihat situasi-situasi di bawah:

Situasi A
———
Seorang peserta takaful mengambil perlindungan pendapatan sebanyak satu juta (RM1,000,000). Beliau mempunyai isteri dan 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Beliau telah menghibahkan kesemua wang perlindungan kepada isteri tersayang. Malang tidak berbau, suatu hari beliau terlibat dalam kemalangan maut ketika pulang daripada tempat kerja ketika menaiki motorsikal.
Isteri beliau telah mendapat duit pampasan tersebut untuk menyara diri dan anak-anaknya.

Selang beberapa bulan kemudian, si isteri meminta bantuan daripada pusat zakat kerana ketiadaan wang. Setelah diselidik wang pampasan yang didapati daripada takaful suami telah habis dibelanjakan. Ramai juga yang telah meminjam wang tersebut tetapi tidak memulangkannya semula. Akhirnya si isteri dan anak-anak terpaksa meminta bantuan daripada pusat zakat.

Situasi B
———
Seorang peserta takaful mengambil perlindungan pendapatan sebanyak satu juta (RM1,000,000). Beliau mempunyai isteri dan 2 orang anak. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Beliau telah menghibahkan kesemua wang perlindungan kepada isteri tersayang dan juga membuat Takaful Trust mengikut ciri-ciri yang beliau sendiri tetapkan. Malang tidak berbau, suatu hari beliau terlibat dalam kemalangan maut ketika pulang daripada tempat kerja ketika menaiki motorsikal.

Ciri-ciri Takaful Trust yang telah ditetapkan oleh peserta seperti berikut:
1. Syarikat trustee perlu memberikan wang sara hidup bulanan kepada isteri mengikut gaji bulanan beliau sebanyak RM4000 sebulan.
2. 50% daripada pampasan dilaburkan di dalam dana patuh syariah dengan anggaran pulangan sebanyak 6% setahun.
3. Hasil daripada pelaburan hendaklah dimasukkan ke tabung pendidikan anak-anak beliau. Hanya isteri yang boleh mengakses tabung ini.

Dengan cara ini si isteri akan mendapat wang sara hidup bulanan sebanyak RM4000 dan dana RM2500 setiap bulan dimasukkan ke tabung pendidikan anak-anak beliau.

.

Situasi mana yang tuan-tuan dan puan-puan lebih berminat? Tentulah situasi B bukan? Duit pampasan akan lebih terjamin dan waris tuan/puan akan lebih terbela.

Dengan hanya bayaran anggaran dalam RM1500 ke RM3000 tuan/puan sudah boleh memiliki Takaful Trust ini.

Takaful Trust sesuai jika caruman melebihi RM500,000

Kenapa sampai RM500,000? Bawah RM500,000 tak boleh ke? Jika bawah 500,000 lebih sesuai buat hibah atau penamaan biasa sahaja.

Yang pasti syarikat trustee akan mengenakan yuran-yuran pentadbiran untuk menjalankan operasi mereka. Mereka bukanlah institusi kebajikan.

 

Terima kasih.

Rashid.
INFAQ Consultancy
“PLAN Your Wealth, CHANGE Your Life”

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ini bukan gambar saya sedang ber"metamorphosis" untuk keluarkan aura. Beberapa…