Polisi takaful tak bayar selama 22 bulan, tapi tuntutan kematian RM400K lulus!

“Polisi takaful tak bayar selama 22 bulan, tapi tuntutan kematian RM400K lulus!”
Kegembiraan dan kepuasan sebenar sebagai ejen takaful bukanlah semata-mata kerana dapat komisen lumayan, naik pentas atau melancong ke luar negara percuma.
Kegembiraan yang paling besar ialah apabila kita berjaya bantu waris pelanggan membuat tuntutan dan ia lulus, meskipun kesnya sangat mencabar.
Ini antara kes yang paling mencemaskan kami.
Arwah Dr FH meninggal dunia pada awal Januari akibat kemalangan motosikal.
Tidak lama selepas itu, adiknya Tuan SH menghubungi kami untuk bertanya tentang status polisi takaful arwah.
Semasa semakan dibuat, kami dapati polisi tersebut sudah tergantung hampir 22 bulan tanpa bayaran.
Sekali imbas, apabila sudah tiada bayaran, biasanya polisi sudah lapse atau luput.
Apabila ia berlaku, sudah tentunya kami ralat dengan apa yang berlaku walaupun ia bukan salah ejen apabila polisi luput.
Rasa ralat menebal kerana pelanggan pernah melanggan polisi takaful dengan kami tapi apabila berlaku musibah, tidak banyak yang dapat dibantu.
Namun apabila kami membuat semakan status polisi ia tercatat; enforce due to PIA.
PIA merujuk kepada “participant investment account” iaitu peruntukan sebahagian sumbangan polisi dalam akan pelaburan.
Ia merujuk nilai tunai polisi tunai polisi berkenaan.
Nilai tunai ini akan terkumpul dari masa ke masa, dan berfungsi apabila berlaku kenaikan harga atau tiada bayaran dibuat.
Apabila tidak ada bayaran, nilai tunai akan digunakan untuk memastikan polisi terus berjalan.
Dan yang menambah cemas kami ialah nilai tunai yang ada sangat tipis, memandangkan hampir 2 tahun tiada sumbangan dibuat.
Lantas kami bantu keluarga kumpulkan semua dokumen penting seperti sijil kematian, kad pengenalan, penyata bank, laporan polis, laporan perubatan, borang tuntutan dan pelbagai lagi.
Kami panjangkan kepada pihak takaful, sediakan rayuan, dan yakinkan pihak berwajib supaya semakan mendalam dibuat, dengan harapan agar hak waris tidak terabai.
Alhamdulillah. Setelah hampir tiga bulan proses berjalan, tuntutan bernilai RM400,077.90 akhirnya diluluskan sepenuhnya!
Bayangkan perasaan waris, Puan A, isteri arwah yang diuji dengan pemergian suami dan tanggungjawab membesarkan anak-anak, tiba-tiba mendapat berita bahawa tuntutan takaful itu telah lulus.
Beliau luahkan rasa syukur dan ucapan terima kasih yang sangat menyentuh hati kepada kami, INFAQ Consultancy yang menguruskan kes ini.
Katanya, inilah rezeki yang akan digunakan untuk terus kuat demi anak-anak.
—
Ini amanah. Ini perjuangan kita sebagai ejen takaful.
Bukan sekadar jual polisi, tapi bantu waris yang sedang mencari kekuatan di saat kehilangan.
Terima kasih kepada semua ejen dan petugas industri takaful yang terus tabah dan jujur menjalankan tugas.
Anda bukan sekadar mempromosi takaful, tapi anda sedang membina semula harapan.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran