fbpx

Portfolio Rugi: Realiti pelaburan dan pelajaran dari kerugian

  • 1Minute
  • 192Words
  • 39Views

Tadi saya kongsikan portfolio yang untung, kali ni saya nak cerita pula portfolio yang rugi.

Bukan apa, supaya nampak balance dan realistik. Takkan masa untung sahaja kita share, masa rugi pun kita sahre.

Ini tentang pelaburan private mandate saya dalam saham-saham antarabangsa.

Saya perhatikan pelaburan ini sejak 2022, dan masa tu boleh kata best, hijau saja dalam portfolio.

Lelu saya labur pada 2023. Tapi lepas join, sudah dua tahun berturut-turut tengok merah.

Masa tak join, untung. Lepas join, menurun pula

Negatif 22% 😂

Tengah fikir, nak terus bertahan atau cari pelaburan lain.

Ada yang nak rekomen? Mana tahu ada pelaburan yang ajaib, hari ni masuk, semalam dah jadi jutawan. Hahaha. Emas leverage? XFOX? UFUN? 😂

Tapi serius, biarlah rugi dalam pelaburan yang sah dan patuh syariah, daripada terjebak rugi dalam skim cepat kaya atau scam.

Rugi duit boleh cari balik, tapi kalau rugi kepercayaan, susah nak dapat balik.

Kalau ada idea atau pengalaman yang nak dikongsi, saya terbuka nak dengar.

Siapa tahu boleh jumpa peluang baru yang lebih baik? Ada satu dua pelaburan seumpama ini saya baru explore, nanti dah nampak Best baru saya cerita kelak

DISCLAIMER; Ini bukan nasihat pelaburan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Cuti sekolah baru ni, saya dan keluarga ambil peluang bercuti…