fbpx

Bagaimana Merancang Kewangan

  • 1 year ago
  • 2Minutes
  • 245Words
  • 306Views

Perkara biasa yang saya saya hadapi apabila berhadapan dengan masalah kewangan ialah, “tak tau nak start dari mana.”

Sebenarnya, merancang kewangan ni macam kita guna GPS.

Masa guna GPS, apa perkara pertama yg perlu kita lakukan?

Yes, kita akan masukkan loaksi destinasi yang kita nak pergi. Betul tak?

Baik, ini semua orang tahu.

Sama macam dalam perancangan kewangan. Semua orang ada matlamat masing-masing.

  • Nak selesaikan hutang.
  • Nak beli rumah.
  • Nak gaji besar.
  • Nak kereta besar.
  • Nak jadi jutawan.
  • Nak menunaikan haji.
  • Dan segala macam matlamat lagi.

Tapi adakah kita letak matlamat itu secara praktikal dan realistik?

Contoh, kita di KL, adakah kita akan letak lokasi “Mekah” sebagai destinasi kita dalam GPS?

Tentu tidak. Kita akan letakkan lokasi yang memang kita nak pergi dan praktikal.

Apa yang seterusnya?

Selepas kita masukkan lokasi, GPS akan mengesan lokasi kita sekarang secara spesifik.

Maka, begitulah juga dalam kewangan peribadi.

Kena kenal pasti lokasi spesifik kita berada sekarang.

Cuba bayangkan, GPS yang kita gunakan tak dapat kesan lokasi kita sekarang? Sudah tentu ia tidak dapat berfungsi dengan baik.

Sebagaimana GPS, begitu juga untuk kewangan peribadi.

Kita kena tahu di mana kedudukan kita sekarang. Kedudukan kewangan kita sekarang boleh dikenal pasti melalui 2 maklumat ini:

1. Penyata Aliran Tunai / Cashflow
2. Penyata Aset Bersih / Networth

PENYATA ALIRAN TUNAI mengandungi duit masuk dan duit keluar.

Manakala PENYATA ASET BERSIH pula mengandungi maklumat aset dan hutang-piutang kita.

Panduan ini ada dalam modul kewangan #eSeminarBMW di eSeminarBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Ridhuan Malik Banyak couple yang hangat bercinta…