Proposal Insurans Yang Sangat Menguntungkan
Seorang rakan meminta pandangan saya berhubung proposal insurans yang diterimanya.
Saya terkejut besar. Ia sangat menguntungkan!
Bayaran sebanyak RM100,000 setahun selama 5 tahun, dapat coverage;
– Basic RM167,000
– Personal Accident RM1,000,000
Selama tempoh 5 tahun, bayaran berjumlah RM500,000 untuk coverage sebanyak di atas selama 20 tahun.
Memang sangat menguntungkan dan berbaloi-baloi!
… kepada ejen yang berjaya close.
Katanya, ejen ceritakan selepas 20 tahun akan dapat RM1 Juta, guaranteed dengan pulangan 20% setahun.
Saya duk belek-belek quotation yang diberikan tapi tak jumpa pula.
Yang ada ialah Guaranteed Cash Payment sehingga 20%. Itu ialah jumlah yang klien boleh keluarkan, bukannya return.
Apabila belek e-mel, rupa-rupanya ia dari sebuah group besar yang gah. Patutlah ramai dapat MDRT, TOT, LOL dan sebagainya.
Ada sesiapa lagi terkejut macam saya?
Nota: Ini yang saya katakan; trend sekarang – eje insurans promote retur, ejen unit trust promote takaful free.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran