fbpx

Purata gaji Rakyat Malaysia mengikut Jabatan Perangkaan Malaysia

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 346Words
  • 1335Views

Saya kongsikan poster ini yang diambil daripada FB PPIM dengan sedikit ulasan.

Tulisan daripada page tersebut:

Baru-baru ini Jabatan Perangkaan Malaysia telah menyatakan bahawa purata gaji rakyat Malaysia adalah RM3,037. Purata gaji ini berbeza mengikut umur.

Umur 15-24 tahun

(Purata gaji : RM1,659)

Umur 25-34 tahun

(Purata gaji : RM2,664)

Umur 35-44 tahun

(Purata gaji : RM3,637)

Umur 45-65 tahun)

(Purata gaji : RM3,608)

Berapakah umur dan gaji anda sekarang? Adakah lebih atau kurang dari purata gaji ini?

——

Komen saya,

Saya teringat satu kata-kata, “Jika anda dilahirkan miskin, ia bukan salah anda. Tapi jika anda mati dalam keadaan miskin, itu salah anda”.

Mungkin ada yang setuju, mungkin ada yang tidak.

Kaya adalah pilihan, miskin juga adalah pilihan.

Ada sahabat baginda yang kaya raya dalam masa sama ada juga ada yang miskin papa.

Tiada mulianya kaya, dan tiada hinanya miskin, hanya taqwa sahaja di mata Allah.

Miskin tapi taqwa itu mulia berbanding kaya tanpa taqwa.

Menjadi si kaya dan bertaqwa, itulah muslim terbaeeek – dapat bina masjid, bayar zakat, bina rumah anak yatim, waqaf harta, bantu gerakan Islam malah senjata untuk membantu Palestin, tidak dapat dibuat si miskin yang bertaqwa.

Ada orang kata, “Biarlah hidup miskin asalkan bahagia. Daripada kaya tapi tak bahagia”.

Saya kata balik;

“Susah nak cari orang miskin yang hidup bahagia. Selalunya wujud dalam filem dan novel Melayu. Kalau ada di alam realiti, ia memang rare.

“Biarlah tak bahagia tetapi kaya, berbanding sudahlah hidup miskin, tak bahagia pula tu”.

Saya nak ajukan persoalan:

Adakah Nabi orang kaya?

Ketika baginda Nabi Muhammad berkahwin dengan saidatina Khadijah, baginda hadiahkan 20 ekor unta untuk dijadikan maskahwin hantaran perkahwinan mereka.

Kisah ini dipetik daripada Kitab Ar-Raheeq Al-Makhtum, yang ditulis oleh Safiur Rahman Mubarakpuri

Agak-agak, kalau convert kepada nilai sekarang, berapa jumlahnya dalam RM?

Kalau seekor unta nilainya sekarang RM5,000, jika 20 ekor unta menjadikan jumlahnya RM100,000!

Jika mampu berikan maskahwin sebanyak itu, orang kaya atau orang miskin?

Tentulah orang kaya!

Tapi Nabi memilih untuk hidup zuhud.

Hartanya untuk jalan Allah.

Wafatnya Nabi tidak tinggalkan sebarang dinar dan dirham.

Tapi baginda tinggalkan 2 harta untuk ummah; Quran dan Sunnah.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
https://www.facebook.com/watch/?v=713987190085732 Umur 4 tahun dah hafal surah al-Mulk. Power betul…