Pusaka – Zakat Harta Ke Atas Harta SIMati
Dipetik dari FB Ahmad Mustapha
PUSAKA || ZAKAT HARTA KEATAS HARTA SIMATI
Soalan:
Encik Amir meninggal dunia pada raya ketiga dan dia ada meninggalkan harta yang banyak (melebihi nisab).
Semasa hayatnya, beliau tidak pernah meninggalkan kewajipan menunaikan zakat. Maknanya, tiada tunggakan zakat ke atas dirinya.
Jadi, sahabat saya bertanya adakah harta peninggalannya masih perlu:
Dizakatkan dahulu sebelum difaraidkan kepada waris, atau
Wajib zakat ke atas waris selepas difaraidkan.
Jawapan:
Berdasarkan keterangan di atas, maka:
Tidak perlu dizakatkan terlebih dahulu harta peninggalan si mati, kerana jelas tiada sebarang tunggakan zakat ke atasnya sehingga dia meninggal dunia.
Wajib dizakatkan secara individu oleh semua waris yang menerimanya. Harta berkenaan dikategorikan sebagai harta yang diperolehi daripada hasil pemberian (al-Mal al-‘Atiyyah).
Sila gabungkan dengan semua jenis harta pendapatan yang lain (penggajian, hasil bebas dan al-Mustaghallat) oleh penerima harta pusaka dan jika memenuhi syarat wajib, ia perlu dizakatkan sebagai zakat pendapatan.
Persoalan seterusnya.
Bagaimana jika simati ada tunggakan zakat yang belum dijelaskan ?
Menurut jumhur ulama’ termasuk para ulama’ Syafi’iyyah berpandangan bahawa seseorang yang meninggal dunia tanpa sempat untuk menunaikan zakat sedangkan dia mampu, maka dia berdosa dan wajib dikeluarkan zakat daripada harta tinggalannya tersebut sebelum dibahagikan mengikut faraid bagi waris yang berhak walaupun tidak diwasiatkan. Hal ini kerana hukum membayar zakat di sisi jumhur ulama’ adalah wajib secara segera (fauwri) apabila cukup syaratnya, maka jika sekiranya dia melengah-lengahkan sehingga dia tidak mampu untuk menunaikannya, maka dia berdosa atas perbuatannya tersebut dan tidak tergugur kewajipan membayar zakat dengan sebab kematiannya.
Ahmad Mustapha
INFAQ Consultancy
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran