Buy Term Invest The Rest (2)

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:142Views

On tak on?

Pagi tadi saya kongsikan contoh produk term takaful yang cover kematian atau lumpuh.

Kali ini saya kongsikan pula yang ada coverage penyakit kritikal!

Mirip plan yang saya kongsikan pagi tadi, tap ada manfaat critical illness.

Tempoh polisi sehingga umur 80 tahun, dan renewal sumbangan setiap 5, 10 atau 20 tahun, bergantung kepada umur peserta.

Polisi ini jenis “term takaful” atau takaful bertempoh, untuk jangka masa 5, 10 atau 20 tahun. Selepas 5, 10 atau 20 tahun, ia akan auto renew sehingga tempoh maksima peserta berusia 80 tahun.

Polisi jenis ini tiada nilai tunai, sebab itu ia “murah” dari sudut harga. Mungkin akan ada polisi lain yang memberi coverage yang sama, tapi caruman lebih tinggi dan mempunyai nilai tunai.

Ia juga antara jenis polisi takaful yang dicadangkan oleh beberapa tokoh pelaburan dan jutawan-jutawan, dengan menggunakan prinsip;

“Buy term, invest the difference”

Maksudnya, kita langgan polisi “term” yang harganya “murah”. Jadi kita akan ada lebihan duit untuk dilaburkan.

Berbanding kita langgan polisi yang lebih “mahal” harganya menyebabkan peruntukan kita untuk melabur, berkurangan atau tidak ada langsung.

Inilah cara bagaimana jutawan dan orang kaya, semakin kaya.

Takaful dan insurans, fokus kepada protection.

Untuk pelaburan, gunakan produk yang fokus kepada pelaburan. Bukan guna takaful untuk tujuan pelaburan

Apapun, mahal murah bukan penentu sesuatu polisi sesuai atau tidak. Tiada produk sempurna.

Ia perlu disesuaikan dengan kedudukan kewangan seseorang.

Amacam? Best tak best?

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
FATWA HIBAH NEGERI SELANGOR Tahukah anda, dalam fatwa terbaru oleh…