fbpx

Pusat Zakat Tak Buat Kerja?

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 284Words
  • 381Views

Siapa kata Pusat Zakat tak buat kerja tu, eloklah cuba muhasabah dan minta maaf jika ada yang terfitnah.

Takkanlah disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga. Tak dapat dinafikan, mungkin ada gerak kerja mereka yang kurang efektif, tapi tak bermakna kita tutup mata terhadap kebaikan mereka selama ini.

Sebenarnya mereka dah lama jalankan kerja. Mereka ada kewajipan agama yang besar dalam melaksanakan salah satu rukun Islam. Ada SOP dan birokrasi tertentu. Ada undang-undang dan peraturan yang mengikat.

Boleh tengok laporan audit kewangan pusat zakat untuk melihat jumlah kutipan dan agihan zakat setiap negeri.

Tapi selalunya ia tak viral. Tak sensasi dan tak ada kontraversi. Dan tak ada elemen emosi.

Yang viral selalunya yang negatif, yang buruk. Benda baik, susah sikit nak viral, kecuali ada elemen emosi dan kontraversi.

Saya teringat masa sya belajar ilmu penulisan kewartawanan suatu ketika dahulu. Guru saya kata, kalau manusia kena gigit dengan anjing, ia tak jadi berita. Tapi kalau anjing kena gigit dengan manusia, ia boleh jadi berita.

Topik tentang zakat dalam modul Modul Kewangan I.N.F.A.Q yang terkandung dalam #bukuBMW

Dalam modul I.N.F.A.Q ada 7 modul kewangan yang dikupas, iaitu

  1. Aliran Tunai
  2. Aset dan hutang
  3. Simpanan
  4. Perlindungan
  5. Pelaburan
  6. Penyucian
  7. Pewarisan

Boleh dapatkan di BukuBMW utk pra tempahan buku Bijak Merancang Wang, setebal 320 muka surat halaman warna.

Ia adalah naskhah UPGRADE edisi ebook yang diterbitkan ketika PKP lepas, yang hanya mengandungi 150±± berbanding edisi fizikal kali ini 320 halaman berwarna dgn 100% layout berbeza.

 

Pembeli buku ini akan dapat hadiah:

  1. Buku digital PKP Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!
  2. Rakaman video LIVE Seminar Bijak Merancang Wang dengan durasi 5 jam non-stop.

Ketik di sini
Ketik di sini
Ketik di sini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Akhir-akhir ini banyak dengan cerita-cerita kerugian dalam pelaburan saham daripada…