fbpx

Boleh Melabur Pelbagai Unit Trust Serentak

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 344Words
  • 319Views

Melabur Pelbagai Unit Trust

Selalunya, pelaburan melalui EPF, setiap kali pengeluaran hanya boleh malabur ke unit trust sahaja dan hanya kepada satu fund house sahaja.

Contoh, sekali pengeluaran untuk pelaburan hanya boleh ke dana di kompeni unit trust ABC sahaja. Kemudian, 3 bulan akan datang, ke dana di kompeni XYZ pula.

Tapi melalui platform Private Mandate ini, pelanggan boleh melabur dalam banyak dana serentak tanpa terikat dengan mana-mana fund house atau syarikat unit trust.

Tahukah anda, ada berpuluh-puluh syarikat unit trust yang ada di Malaysia? Daripada pelbagai syarikat itu, ada dana-dana yang perform daripada pelbagai kompeni.

Jarang satu kompeni ada banyak dana yang perform. Selalunya, dana-dana yang perform adalah daripada pelbagai syarikat.

 

Private Mandate + Single License Investment

Jadi menggukan palfrom Private Mandate + Single License Investment ini, pelabur boleh melabur dalam pelbagai dana unit trust serentak.

Jadi dengan cara ini, pelabur dapat pelbagaikan exposure pelaburan mereka dan mengurangkan risiko.

Ini contohnya (rujuk gambar di bawah ), pelabur membuat pelaburan melalui platform ini dari Jun 2020 hingga Februari 2021.

Ada dana yang perform sehingga 26% dan ada yang negatif sehingga -25%, namun Alhamdulillah, pulangan purata dengan keuntungan yang belum direalisasikan (unrealized profit) 9% dalam masa 8 bulan.

Yang penting, pelaburan ini diuruskan oleh seorang fund manager bertauliah untuk menguruskan dana-dana yang dilaburkan. Fund manager akan memilih dana yang sesuai, buat switching, rebalancing, lock profit, cut loss dan sebagainya.

Ia memudahkan kerja saya sebagai konsultan unit trust untuk handle ratusan pelanggan. Jika sebelum ini, ada pelanggan yang mengharapkan saya untuk menguruskan pelaburan mereka. Jika seorang dua pelanggan, ia mungkin boleh. Tapi jika ada beratus-ratus pelanggan, mustahil untuk saya lakukannya.

 

Diuruskan oleh fund manager

Dengan platform ini, wang pelabur diuruskan oleh fund manager. Malah, pelabur juga boleh berkomunikasi dengan fund manager jika ada perkara yang berbangkit.

Malah jika pelabur ingin melabur ke pasaran saham direct tanpa melalui unit trust pun boleh.

Topik ini turut dikongsi dalam modul PELABURAN dalam Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW

 

DISCLAIMER: Ini adalah pelaburan yang sah dan mempunyai kos dan risiko tersendiri. Prestasi masa lampau, tidak menjamin keuntungan pada masa hadapan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Siapa kata Pusat Zakat tak buat kerja tu, eloklah cuba…