Putus Silaturahim Punca Rezeki Sempit

Sedar atau tidak, bermasam muka dan marah-marah boleh membuatkan rezeki lari menjauhi kita!

Allah tak suka. Perbuatan ini boleh merosakkan hubungan dan silaturrahim.

Apa kata pagi ini kita mulakan dengan senyuman kepada ahli keluarga dan rakan-rakan pejabat dulu?

Kalau boleh senyum kat kereta sebelah masa jalan jem, itu lagi bagus. Hihi.

Allah telah menjanjikan rezeki buat mereka yang menjaga silaturrahim.

Perkara ini telah disebut dalam satu hadis,

“Sesiapa yang ingin dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur, maka hendaklah ia menghubungkan silaturahim.”
(HR Bukhari dan Muslim).

Bila kita senyum dengan ikhlas, kita sebenarnya dah dapat pun rezeki dari Allah. Rezeki Kebahagiaan.

Tak caya? Cuba senyum sekarang, mudah je kan?😄

Amalkan sekarang dan rasai kemanisannnya.

Jemput share ya. Moga bermanfaat buat semua.😊👍

Assalamualaikum!

#55RahsiaRezeki

Tulisan asal oleh Tuan Zuhairi Nopiah, penulis buku digital 55 Rahsia Rezeki Mengalir Tanpa Henti. Baca selanjutnya di sini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
Top 30 dana unit trust patuh syariah Senarai top 30…