May 26, 2017
Ramalanku Benar Belaka
Terbaca posting Tuan Mohd Azrik Sapee, saya ingat akhbar lama tapi rupanya-rupanya berita bertarikh 25 Mei 2017.
Kena sontot sejak tahun 2015, tahun 2017 baru ambil tindakan.
Terus teringat posting-posting saya tahun 2014.
Memang ketika itu syarikat scam emas ini muncul macam cendawan lepas hujan. Banyak syarikat tapi modus operandi sama dan saling bekerjasama.
Sekali saya kritik, berbondong-bondong datang mempertahankan.
Sekarang ia hanya tinggal sejarah.
Namun, jerat tak pernah melupakan pelanduk tapi pelanduk yang selalunya melupakan jerat.
Tengok selepas ini apa yg akan terjadi keapda skim-skim yag saya pernah sebut nama.
Contohnya ARBA, saya sebut sejak tahun 2015.
Dalam hal ini, belum lagi saya tersalah mengfitnah.
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran