Rasional Dan Emosional
Dalam satu kajian, sesuatu tindakan yang diambil dalam keadaan terlalu emosional, kebarangkalian tinggi keputusan itu adalah keputusan yang salah.
Kemudiannya ia tidak akan meninggalkan kesan yang lama dan akhir sekali kita akan menyesal.
Keputusan dan tindakan yang diambil dalam keadaan rasional, lebih baik dan bertahan lama.
Pernah tak Tuan-Puan mengalami pengalaman-pengalaman sebegini?
CONTOH 1: Anak kita melakukan sesuatu kesalahan, kemudian kita mengambil tindakan dengan memarahi dan merotannya.
Tidak lama kemudian, kita rasa sangat bersalah dan menyesal atas tindakan kita tadi yg dibuat dalam keadaan terlalu marah.
CONTOH 2: Anda menghadiri satu program motivasi. Di dalamnya dimasukkan elemen nyanyian, pergerakan fizikal, cerita sedih menyebabkan emosi anda naik turun, dari sangat seronok, sehingga ke sangat sedih menginsafi diri.
Kemudian ada sesi “up sell” ke program lain yang lebih mahal harganya dan anda mengambil tindakan untuk membuat bayaran deposit.
Tak lama kemudian, selepas pulang dari program, anda rasa menyesal sebab bayaran penuh yang dikenakan tak masuk akal.
CONTOH 3; Seorang ejen produk menemui anda dan menceritakan tentang produk yang dipromosikan dengan penuh semangat.
Jika produk fizikal, ejen akan ceritakan tentang kelebihan produk dengan memainkan emosi kita keseronokan dan kegembiraan apabila membeli produk berkenaan.
Jika produk pelaburan, ejen akan ceritakan kegembiraan-kegembiraan apabila ia mendapat pulangan yang besar dalam tempoh tertentu. Juga ejen akan ceritakan , jika tidak membuat pelaburan boleh menyebabkan masalah besar apabila bersara.
Jika ia produk takaful, ejen akan ceritakan cerita-cerita sedih jika tiada takaful. Akan gambarkan penderitaan yang dihadapi apabila tidak buat perancangan awal.
Daripada cerita-cerita ejen, emosi kita akan terganggu menyebabkan kita melanggan produk yang dipromosi.
Kemudian, tidak lama selepas itu (mungkin beberapa hari, beberapa bulan, beberapa tahun) kita rasa menyesal dan sebenarnya ia tak diperlukan dan tidak sesuai pun dengan kewangan kita.
Itu contoh-contoh situasi yang biasa saya terima dan saya pernah hadapi.
Sebab itu, sesuatu keputusan perlu diambil atas dasar RASIONAL, bukan emosional.
Untuk menjadikan rasional, situasi-situasi di atas akan jadi berbeza.
SITUASI 1: Anak yang melakukan kesalahan, kita tegur dan nasihat dengan kata-kata yang baik.
SITUASI 2: Program yang di”up-sell” ketika seminar yang sangat happening, kita tangguhkan dahulu untuk buat keputusan ketika program berlangsung. Kita balik rumah, tanyakan pendapat orang lain, dapatkan testimoni, cari second opinion – barulah buat keputusan bijak.
SITUASI 3: Jika bertemu ejen jualan – jangan terus buat keputusan. Ambil masa untuk membuat analisa tentang produk tersebut. Dapatkan juga second opinion. Bandingkan dengan pilhan-pilihan lain yang ada untuk memilih produk terbaik yang paling sesuai dengan kedudukan kewangan kita.
Itulah yang terjadi apabila kita utamakan RASIONAL berbanding EMOSIONAL.
Apabila EMOSIONAL kita tinggi, RASIONAL akan jadi rendah.
Apabila RASIONAL kita tinggi, EMOSIONAL kita akan jadi rendah.
RASIONAL berkait langsung dengan IQ.
Jika anda ada kisah yang hampir sama, mohon kongsikan di ruang komen.
——
Ini yang saya risaukan juga dalam kempen “Buy Muslims’ First” #BMF ini.
Masih ramai yang menjalankan kempen ini bercampur baur dengan cara boikot produk halal non-Muslim.
Jika ia memang nyata haram, itu cerita lain. Itu memang kita WAJIB boikot. Tapi masih ada yang memainkan sentimen perkauman sempit dengan menjaja cerita separuh masak mengharamkan produk-produk halal tanpa usul periksa.
Jika ia dijalankan dengan emosi, percayalah ia akan menemui jalan buntu akhirnya.
Apabila emosi itu reda nanti, ia akan jadi wal-hasil balik asal.
Atas dasar itu, saya tak henti- henti berikan penerangan dalam bentuk rasional untuk mengimbangi banyak artikel-artikel yang tersebar dalam bentuk emosional.
Malah ada juga kenyataan dan kisah palsu yang dijadikan sandaran. Contohnya, kenyataan Mufti Brunei yang mengatakan beli produk halal non-Muslim adalah syubhah, sebenarnya ia palsu. Kemudian, logo HALAL JAKIM pun dijadikan bahan hentaman. Walhal ia wujud dari zaman kerajaan lama lagi dan diiktiraf di peringkat global.
Saya kongsikan tulisan sebegini sebagai muhasabah untuk diri sendiri dan untuk rakan-rakan penyokong kempen BMF.
Perjuangan kita panjang, bukan bermusim.
Memang tak dapat dinafikan, ia terhasil rentetan isu-isu dan sentimen perkauman dan agama. Semangat perjuangan itu penting, tapi tidak semestinya dengan kata-kata berkobar-kobar. Apatah lagi dengan maki hamun “si kafir harbi”.
Kempen ini perlu dineutralkan untuk diharmonikan dengan rasional supaya ia tidak hanya hangat-hangat tahi ayam. Jika tidak, nanti ia akan menjadi backfired kepada penggiat-penggiat kempen.
Jika tulisan ini dibaca dengan emosi, saya akan dicop sebagai RBA. Dan ia sudah terjadi pun apabila saya post ke group yang saya admin sendiri PERSATUAN EKONOMI MUSLIM MALAYSIA (ڤرستوان ايكونومي مسلم مليسيا) posting dengan mesej untuk muhasabah dan betulkan balik fokus kempen, terus dicop RBA.
Walhal sebelum-sebelum ini saya konsisten berkempen menulis artikel-arikel yang menyokong kempen #BMF, bekerjasama dengan ML Studios menghasilakn video-video penerangan, kemuncaknya beberapa hari lepas mewakili admin group menjadi jurucakap kempen ini untuk ke udara secara langsung di TV3 Malaysia dalam rancangan Syariah Meja Bulat – tapi disebabkan satu dua tulisan mesej teguran di group – terus sahaja dicop RBA, pelemah semangat, dilabel bodoh dan dicaci maki secara berjemaah.
Tapi jika ia dibaca dengan rasional, tulisan ini akan dikongsi-kongsi supaya lebih ramai yang alert dan berhati-hati.
Wassalam.
Afyan Mat Rawi
Perjuangan mesti terus
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran