Review #BMW3series dari Tuan Azizi Ali
Buku kewangan pertama dalam bahasa Melayu yang saya baca ialah “Jutawan Dari Planet Jupiter” tulisan Tuan Azizi Ali.
Pertama kali ia dibaca ialah pada tahun 2003 ketika saya baru berjinak-jinak dalam bidang takaful dan kewangan Islam, sebaik sahaja grad daripada UIAM.
Timbul minat membaca buku kewangan
Buku tersebut membuka mata saya untuk membaca buku-buku kewangan lain,kebanyakannya buku beliau.
10 tahun lepas, agak sukar untuk mendapatkan buku-buku kewangan dalam bahasa Melayu. Kebanyakannya dalam bahasa Inggeris.
Peluang bersama dengan Tuan Azizi Ali
Selepas lebih 10 tahun, pada 2015, rasa teruja apabila berpeluang untuk bersama dengan mentor kewangan #1 Malaysia ini dalam program anjuran Public Gold, ketika itu beliau sudah menulis 17 buku kewangan.
Saya bersyukur kerana telah membaca buku-buku kewangan beliau sejak 17 tahun lepas dan mengelak daripada terperangkap dalam #nerakawang
Yang menarik lagi, beliau adalah seorang pilot dan menulis banyak buku kewangan.
Kini, selepas 17 tahun barulah saya pula terbitkan hasil penulisan kewangan saya dalam bentuk ebook.
Ini review beliau tentang Buku Manual Wang | Blueprint for Money & Wealth #BMW3series
“Saya telah menulis berpuluh-puluh buku kewangan dan mengendalikan pelbagai program kewangan selama lebih 20 tahun.
Malah saya juga telah membaca ratusan buku kewangan lain.
Tapi yang menarik tentang e-workbook Buku Manual Wang ini, ia bukan untuk dibaca tapi untuk “ditulis”.
Pembaca menulis sendiri buku kewangan masing-masing yang akan menjadi blueprint kewangan mereka.”
Azizi Ali Mentor Wang
Mentor Wang #1 Malaysia
Terima kasih mentor!
Siapa yang baca buku-buku kewangan baliau?
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran