Isu Misleading Takaful Untuk Pelaburan

Saya pernah menguruskan kes-kes misselling seorang pelanggan takaful haji apabila diperdaya oleh ejen bahawa 90% caruman masuk akaun simpanan dan dijamin pergi haji melalui Tabung Haji.

Selepas menerima polisi takaful, terkejut bukan kepalang pelanggan tadi apabila dinyatakan di dalam polisi bahawa 90% masuk ke akaun syarikat dan hanya 10% masuk ke simpanan pelanggan.

Dalam kes ini, pelanggan menerima balik wang sumbangan yang dibayar dan ejen kena clawback balik komisen.

Boleh baca di sini utk bacaan penuh.

Emel pelanggan kepada BNM juga saya sertakan jika ada mana-mana pelanggan yang pernah terpedaya dengan ejen, jika hendak buat aduan.

Apabila saya kongsikan isu misleading takaful untuk pelaburan, ramai ejen takaful dan pelanggan bersetuju dengan tulisan saya.

Namun akan ada juga ejen-ejen takaful yang tersentap dan tersentak. Mungkin mereka pernah melakukan misleading sebegitu.

Jika ejen takaful yang tak lakukan misleading dan misselling, tak perlu khuatir pun dengan pendedahan ini.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

Buku Bijak Merancang Wang
RM37.00
www.bukubmw.com
Girl in a jacket