fbpx

Riba Tak Semestinya Menindas

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 511Words
  • 907Views

Antara kritikan biasa kepada perbankan Islam ialah mengenakan harga yang tinggi dan menindas. Lalu kesimpulan dibuat ialah sama sahaja perbankan Islam dengan perbankan konvensional.

Tanggapan ramai orang sepatutnya bank Islam tak patut meletakkan harga yang lebih tinggi berbanding perbankan konvensional, kerana itu adalah menindas dan menindas itu riba.

Formula mereka : riba = menindas = mahal.

  • Benarkan begitu?
  • Benarkah harga tinggi itu menjadikan riba?
  • Benarkah mahal itu riba?
  • Adakah jika murah ia akan automatik jadi Islamik?

Tahukah anda, tidak ada ayat Quran dan Hadith yang menyatakan bahawa riba diharamkan sebab menindas.

Ramai yang terkejut apabila saya kemukakan perkara ini. Jika saya salah tolong tunjukkan.

Ia tidak menafikan bahawa riba itu sifatnya menindas. Tapi menindas itu terlalu subjektif untuk menjadi kayu ukur.

Bank Islam beli rumah RM100,000 kemudian jual balik RM200,000 kepada pelanggan, dikira menindas? Ia menindas sebab mahal dan secara automatik ia jadi riba, itu tanggapan ramai orang.

  • Apakah benchmark menindas?
  • Apakah kayu ukur mahal atau murah?
  • Adakah jika rumah tadi dijual balik RM199,999 tak jadi menindas?

Tapi tahukah anda bahawa riba tidak semestinya menindas.

Ada riba yang tidak menindas pelanggan.

Contoh, pinjam RM100,000 bayar balik RM100,001. Jumlah bayaran tambahan ialah RM1, dan secara lazimnya di pemikiran normal orang ia tidak langsung menindas kepada penghutang.

Tapi tahukah anda, jika pemiutang beri hutang RM100,000 dan kemudian penghutang bayar balik RM100,000 dgn tambahan RM1 selapas 10 tahun, ia menindas pemiutang yakni pemberi hutang tadi?

Jadi, bagaimana faktor menindas untuk dijadikan kayu ukur?

Sebab itu, faktor menindas bukan ‘illah atau sebab pengharaman riba.

Tidak seperti pengharaman arak, memang dinyatakan bahawa arak haram sebab ia najis.

Kemudian alim ulama menetepkan illah pengharaman arak adalah sebab memabukkan.

Jadi apa sahaja yang mempunyai ‘illah yang sama dikira sebagai haram sebagaimana arak, contohnya dadah, ganja, daun ketum.

Memang takkan jumpa ayat Quran dan Hadith tentang ganja, dadah dan daun ketum.

Baik, berbalik kepada persoalan asal, apakah yang menyebabkan riba haram?

Jawapannya ialah sebab ia haram sebab ALLAH dan RASUL haramkan. Ia ujian dari ALLAH untuk hambanya. Tidak ada sebarang ‘illah merujuk kepada penindasan. Riba haram apabila berlaku transaksi yang tidak memenuhi syarat muamalat. Itu ‘illah sebenar, bukan faktor penindasan.

Jadi, untuk mengupas lanjut isu ini, kita akan adakan program Bicara Ilmu Wang dengan menampilkan tokoh dan pakar muamalat yang tidak asing lagi di negara ini, Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah.

Siapa Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah ni?

  • Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Universiti Malaya,
  • Penasihat Syariah Institusi Kewangan Islam,
  • Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan
  • Ahli Majlis Fatwa Perlis
  • Founder muamalat.my
  • Bila ia akan diadakan?
  • Selasa, 24 Ogos 2021 jam 9 malam secara live di FB, IG dan Youtube Afyan Mat Rawi.

Nantikan program Bicara Ilmu Wang bertajuk : Betul ke sama je Perbankan Islam dan Konvensional?

p/s: Saya nak jadikan program ini secara berkala. Ok tak nama program ini Bicara Ilmu Wang? Atau ada tajuk yang lebih menarik dan catchy? BicaraWang? IlmuWang?

p/ss: Hah, bagi cadangan bernas kalian. Nama yang terpilih, akan menerima hadiah #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang cetakan terbaru bersama pakej menyertai #SeminaBMW Seminar Bijak Merancang Wang yang terdekat.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam memberikan penerangan dalam kewangan, saya selalunya akan berikan penjelasan…