fbpx

Memahami Perbezaan Perbankan Islam Dan Konvensional, Riba Dan Jual Beli Melalui Analogi

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 537Words
  • 758Views

Dalam memberikan penerangan dalam kewangan, saya selalunya akan berikan penjelasan dalam bentuk analogi, supaya mudah orang nak faham.

Contohnya dalam memberi penerangan tentang perbezaan simpanan, takaful dan pelaburan saya gunakan analogi pisau, parang dan kapak.

Baca di sini

Ia untuk memudahkan pengguna faham setiap produk atau alatan, ada fungsi tertentu.

Bukan sekali harung semua sekali dalam satu produk

Begitu juga dalam membuat perbandingan antara melabur saham sendiri, melabur dengan unit trust dan melabur dalam Private Mandate.

Saya analogi kan dengan menjahit baju sendiri, beli baju yang dah siap dan upah tukang jahit baju.

Baca di sini

Begitu juga dalam membuat perbandingan antara perbankan Islam dan konvensional.

Selalunya ada 3 jenis analogi yang biasa saya buat.

1. Ayam sembelih vs tak sembelih
2. Zina vs nikah
3. Syahadah yang membezakan Muslim vs Kafir

di sini

Analogi pertama, ayam sembelih dengan ayam tak sembelih. Ini contoh yang paling mudah dan paling simple.

Tapi terlalu simplistik, sebab akan ada golongan pembenci perbankan Islam akan bagi analogi balas, babi sembelih vs babi tak sembelih.

Analogi ketiga, untuk membezakan Muslim dan Kafir, dibezakan dengan syahadah.

Itulah yang membezakan perbankan Islam dengan perbankan konvensional, dibezakan dengan syahadah.

Ia agak umum untuk difahami. Sukar nak menjawab perkara teknikal seperti ikhlas dan saling meredhai dalam urusniaga riba.

Analogi kedua adalah analogi yang paling dekat, walaupun agak kurang sopan oleh sesetengah orang.

Kita lihat satu persatu

1. Riba vs jual beli, adalah ibarat nikah vs zina. Satu haram dan satu halal.

2. Kedua-duanya dibezakan kontrak / aqad / persetujuan kedua-dua belah pihak.

Perbankan Islam menggunakan kontrak jual beli, manakala bank konvensional pula menggunakan kontrak pinjaman. Satu halal dan satu lagi haram.

Persetubuhan selepas nikah dan persetubuhan tanpa nikah atau zina, dibezakan juga dengan akad. Akad nikah ada rukun tertentu untuk menjadikan ia sah. Tapi jika rukun tidak cukup akan menjadikan zina.

3. Kedua-duanya boleh dikaitkan dengan dengan keikhlasan dan saling redha-meredhai

Riba tetap haram walaupun kedua-duanya ikhlas dan saling redha-meredhai. Sama juga dengan zina, ia tetap haram walaupun dilakukan dalam keadaan redha-meredhai.

4. Kedua-duanya mempunyai hasil.

Riba dan jual beli menghasilkan keuntungan. Kedua-dua perbankan konvensional dan perbankan Islam menghasilkan hutang. Manakala zina dan nikah boleh menghasilkan zuriat. Satu hasil halal dan satu lagi hasil haram.

5. Kedua-duanya pembiayaan dan pernikahan tetap perlu dilaksanakan sekiranya sudah dipersetujui daripada awal.

Jual beli secara tangguh dalam perbankan Islam, tetap perlu dibayar oleh penghutang walaupun terpaksa dan terbeban. Sama juga nikah, tanggungjawab perlu dilakukan walaupun terpaksa.

6. Kedua-duanya riba dan zina adalah jenayah di dalam Islam.

Zina adalah jenayah akhlak, manakala riba adalah jenayah dalam muamalat.

Maaf seandainya analogi yang diberikan kurang sopan dan kurang murni. Ia bukan untuk menjatuhkan maruah sesiapa. Ia untuk memudahkan kefahaman.

Kartun di atas paling tepat untuk menggambarkan situasi di kalangan pembenci-pembenci perbankan Islam.

Tak puas hati penerangan saya tentang perkara di atas.

Nak tahu lebih lanjut tentang perkara ini?

Buat julung-julung kali diadakan sesi Bicara Wang, dengan topik “Sama je ke perbankan Islam dgn konvensional?”

Menampilkan tokoh pakar muamalat yg tak asing lagi, Dr Ahmad Sufyan, founder Muamalat.my Tonton video di bawah.

Saksikan penerangan secara live; “Sama je ke perbankan Islam dengan perbankan konvensional?” oleh Dr Ahmad Sufyan Che Abdullah (pakar muamalat, ahli majlis fatwa dan founder muamalat.my)


Sumber dari FB Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sejak saya menulis tentag forex, hampir setiap hari keluar iklan…