Risiko sebenar pelaburan emas yang jarang didedahkan
Ini adalah satu-satunya risiko paling besar dalam pelaburan emas yang jarang sekali ejen emas dedahkan.
Selalu mereka akan bandingkan emas dengan saham atau kripto yang boleh jatuh sampai ke nilai sifar, dan ya, kenyataan itu memang benar.

Namun sebagai ejen emas, kita juga kena bertindak adil.
Kita kena juga beritahu bahawa emas juga ada risiko yang boleh membuatkan nilainya menjadi sifar, dan inilah risikonya.
Risiko kehilangan emas fizikal apabila berlaku kecurian atau rompakan.
Ini adalah risiko unik yang tidak wujud dalam saham, kripto atau hartanah.
Pernahkah anda dengar saham hilang kerana dicuri?
Emas adalah aset pelaburan yang jika hilang secara fizikal, nilainya terus menjadi kosong.
Ia tidak ada backup sistem digital seperti saham.
Ia tidak ada blockchain seperti kripto.
Ia tidak ada geran hak milik seperti hartanah.
Inilah realiti pelaburan emas yang ramai tidak sedar.
Bukan sekadar beli emas, simpan dan tunggu harga naik.
Pelaburan emas menuntut disiplin penyimpanan, sistem keselamatan, dan kadangkala kos tambahan seperti peti besi bank untuk memastikan nilainya benar-benar tersimpan.
Tanpa langkah ini, risiko kehilangan emas fizikal boleh menjadikan pelaburan yang bertahun-tahun terkumpul lenyap dalam sekelip mata.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran