Jangan Pukul Rata Takaful Bukan Untuk Pelaburan

“Di setiap posting saya berkaitan isu misleading “takaful untuk pelaburan”, akan ada ejen yang komen seperti di atas.

Malah siap ada ejen siap posting khas berkenaan isu ini utk justifikasi bahawa memang benar takaful boleh digunakan untuk pelaburan dan untuk menafikan pendedahan demi pendedahan yang saya lakukan sejak beberapa hari.

Malah ada yang siap screnshot dan maki hamun. Kemudian nak report kepada Life Insurance Association Malaysia (LIAM). Walhal, sepatutnya report la terus kepada Malaysian Takaful Association (MTA). Saya ejen takaful, bukan ejen insurans konvensional.

Malah ada juga boleh dakwa bahawa mengatakan bahawa takaful bukan untuk pelaburan adalah satu misleading.

Asalnya saya nak stop. Dari pagi tadi saya tulis perkara-perkara lain seperti bab cukai, zakat dan promosi akhir tahun Buku Bijak Merancang Wang.

Memandangkan masih ramai yang nak tegakkan benang basah, saya terpaksa sambung balik. Kali ini untuk menjawab isu di atas, “Jangan pukul rata takaful bukan untuk pelaburan”. Hari ini pun masih ada ejen yang tak puas hati dan komen di FB saya mengatakan “Jangan pukul rata”.

 

Ini adalah prinsip

Ini bukan pukul rata. Ini adalah prinsip umum dalam perancangan kewangan.

Bacalah mana-mana buku pelaburan dan kewangan, takaful adalah untuk perlindungan dan bukan untuk pelaburan.

Dalam prinsip perundangan, ada “general rules” dan ada yg disebut sebagai “exception”.

Sama juga dlm fiqh Islam, setiap prinsip umum, akan ada perkara pengecualian.

Contoh mudah kalau nak faham, solat itu wajib namun ada pengecualian utk tidak solat malah haram solat.

Jadi apabila ulama sebut “Solat itu wajib”, ia bukan bermaksud pukul rata. Ia adalah prinsip umum. Dalam masa sama ada situasi yang solat itu haram, contohnya solat ketika haidh.

Contoh lain: Apabila kita cakap “mencuri haram”, bukan bermaksud kita nak kata semua ornag mencuri dan ia bukan pukul rata. Dah memang haram, takkan kita nak kata “mencuri halal”. Namun dalam Islam, ada situasi darurat yang menyebabkan mencuri tidak dijatuhkan hukum.

Tentu masalah besar jika ada orang yang mendakwa, “mencuri halal”. Tambah maslaah jika ada orang yang marah apabila ada orang berkempen “Jangan mencuri” sebab katanya itu misleading.

Tak ke pening kepala? Dah 2 analogi saya bawakan. Kalau tak faham juga tu tak tau nak kata.

Orang yang bersolat takkan marah kalau ada orang kempen “mari bersolat”.

Orang yang amanah juga takkan risau ada kempen, “Jangan mencuri”.

Orang yang marah hanyalah orang yang tersinggung sebab dia jarang solat atau selalu mencuri.

Jadi apabila saya katakan “takaful BUKAN utk pelaburan”, ia adalah prinsip umum. Tak ada salahnya pun nak jika kita nak jalankan kempen dan berikan kesedaran kepada masyarakat bahawa “takaful bukan untuk pelaburan”.

Tak ada masalah pun utk kita tegaskan berulang-ulang kali bahawa takaful untuk perlindungan, BUKAN UNTUK PELABURAN. Ia adalah prinsip umum dalam perancangan kewangan.

 

Masalah pada mempromosikan

Yang jadi masalah ialah apabila ejen-ejen hampir setiap hari berkempen “takaful untuk pelaburan”, “takaful lebih baik dari ASB”, “takaful berikan dividen lebih tinggi”.

Rujuk poster BNM yg disertakan sebelum ini. Rujuk juga buku-buku perancangan kewangan yang ada di Malaysia dan di seluruh dunia. Tidak akan ada mana-mana pakar kewangan yang mengatakan bahawa takaful untuk pelaburan.

Tidak akan ada juga buku takaful untuk pelaburan sebagaimana adanya buku-buku pelaburan dalam bidang hartanah, pelaburan saham, pelaburan unit amanah, pelaburan emas dan sebagainya.

Apabila ada ejen-ejen takaful mempromosi “takaful untuk pelaburan dan simpanan”. Ia adalah misleading. Ia ajaran sesat dalam perancangan kewangan!

Sama macam kalau ada orang Islam tapi hari-hari mempromosi “Solat haram”. Tiba-tiba marah dekat orang lain yang kata “soalt fardhu itu wajib” dan siap tuduh orang yang menyeru “solat fardhu itu wajib” dan misleading.

Sama juga kalau ada orang kata “mencuri itu harus” dan kemudian ajak orang mencuri. Kemudian marah apabila ada orang jalankan kempen “Jangan mencuri”.

Kan ke pelik macam tu?

Kita fokus kepada prinsip umum “Solat itu wajib”, tanpa menafikan ada sesetengah situasinya yang tidak wajib malah haram bersolat.

Juga kita fokus kepada general Rule “mencuri itu haram”, tanpa kita menidakkan bahawa wujud situasi darurat yang mencuri tidak dijatuhkan hukuman.

Sama macam prinsip umum “Takaful BUKAN untuk perlindungan”, ia bukan pukul rata dan tak nafikan ada SEDIKIT pengecualian.

Ya, ada SEDIKIT pengecualian. Ia untuk individu HIGH NETWORTH INDIVIDUAL (HNI) iaitu individu yang mempunyai harta berkoyan-koyan, polisi takaful dah cukup coverage 10 tahun pendapatan, medical card pun dah bersepah, pelaburan pun dah ada banyak, maka sesuailah untuk langgan produk takaful untuk pelaburan sebab ada banyak duit lebih yang tak tau nak letak mana.

Golongan ini lah yang disebut juga sebagai T20. Jumlahnya tak ramai. Sekitar 20% sahaja. 80% lain tak perlukan pun produk sebegini rupa.

Ini yang jadi masalah besar ialah apabila promote takaful sebagai instrumen pelaburan kepada golongan M40 dan B40 yang mewakili majoriti besar penduduk Malaysia.

Dalam keadaan LIAM beritahu 90% pemegang polisi under insured, dalam keadaan MTA beritahu takaful mahal sebab ada pelaburan, dalam keadaan BNM kesal produk takaful tak mampu menarik pelanggan, dalam keadaan BNM, LIAM, MTA berusaha untuk berikan kesedaran kepada rakyat supaya memiliki jumlah perlindungan yang cukup – Ejen takaful promosi takaful sebagai instrumen pelaburan. Ejen takaful buat perbandingan antara takaful dengan ASB.

 

Edisi bongkar

Jadi, ejen-ejen sebegini akan sentap apabila saya bongkar kan isu ini. Kemudian tuduh saya tabur pasir atas periuk nasi mereka. Walhal, kalau klien diceritakan maklumat yang betul, mereka tak perlu risau pun.

Sepatutnya, ejen-ejen yang tak misleading, yang beretika, tak perlu risau pun dengan tulisan-tulisan saya kalau selama ini mereka explain kepada pelanggan dengan betul.

Yang mereka risau ialah apabila klien mereka mulai persoalkan balik apa polisi yang mereka langgan. Mereka rasa terancam apabila ada pelanggan yang mempersoalkan tentang jaminan pulangan yang dijanjikan yang dikatakan lebih baik dan lebih tinggi daripada ASB.

Saya bercadang nak stop dah isu ni. Tapi kalau masih ada ejen yang cuba mempertahankan benang basah, saya akan bongkar lagi.

Sejak daripada pengumuman pengagihan pendapatan ASB, banyak persoalan yang masuk di kotak FB saya aduan klien yang langgan produk takaful untuk pelaburan dan kemudian apabila saya minta tanyakan beberapa soalan kepada ejen, ejennya tak berikan jawapan yang meyakinkan.

Contohnya mudah sahaja soalan yang saya ajukan, antaranya:

“Kat mana tulis dalam polisi bahawa pulangan sebanyak RMXXXXX”

“Kat mana tulis dividen dijamin sebagaimana yang ejen tulis dalam FB?”

“Ejen kata takaful ni lebih baik daripada ASB, kalau saya nak keluarkan bila-bila masa boleh ke?”.

Tambah sedih, mereka ni gaji pun yak banyak mana. Coverage takaful pun ciput. Kemudian ada yang keluarkan duit TH dan ASB hanya semata mengharap pulangan lehih tinggi daripada produk takaful yang dikatakan mampu berikan pulangan lebuh tinggi daripada TH dan ASB.

Nak saya bongkar lagi? Kalau ramai yang nak, saya bongkar lagi.

Sementara tu, saya promote Buku Bijak Merancang Wang #BukuBMW. Ada promosi akhir tahun.

Pakej kombo e-learning Seminar Bijak Merancang Wang + workbook Bijak Merancang Wang + buku fizikal Bijak Merancang Wang dengan harga Super Palestin. Klik www.bukuBMW.com untuk dapatkan 3 produk ini dalam 1 harga istimewa.

Saya sengaja tulis promosi dalam posting ini. Nanti mesti ejen-ejen yang misleading itu akan trigger “patut la, bisnes takaful dia tak laku, terpaksa jual buku” atau “attention seeker la tu, nak jual buku rupanya”.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM47.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com


BukuBMW


Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Recommended
21 Perkara yang perlu dilakukan untuk meningkatkan kewangan tahun 2021…