Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi. Bangsa anti bank Islam takut terima jemputan live.

  • Reading:2Minute:s
  • PostView Count:77Views

“…Rumah sudah siap, pahat masih berbunyi...”

Masa saya offer tawarkan diri, tak ada sesiapa yang sukarela. Yang ada hanyalah cadangkan nama-nama orang lain seperti Dato Manap, Sheikh Imran. Yang dapat saya contact ialah Dato Manap dan sudah dijemput sebagaimana semua maklum.

Apabila sudah dianjurkan, macam-macam pula dikomen. Walhal saya dan Dato’ Manap tidak ada sebarang isu personal malah siap bergelak ketawa selepas program dan berhasrat untuk bertemu mengeteh.

Kami saling hormat-menghormati pandangan biarpun berbeza. Beliau sendiri pun tak pernah memaksa dan mendesak saya ikut pandangannya. Yang ada, adalah info-info tambahan yang beliau panjangkan kepada saya berkenaan isu monetary system.

Tapi macam-macam pula komen daripada orang luar, terutama yang tak setuju dengan tulisan saya. Macam mereka pula yang jadi panel tempoh hari.

Saya nak sangat jemput mereka yang lantang memberi komen di FB saya, mengkritik saya untuk tampil live dalam program saya dan saya hanya sebagai host.

Bukan senang dan peluang ini takkan ada di tempat lain.

Macam Parti A bergaduh dgn Parti B, kemudian Parti A jemput wakil Parti B berucap dalam program anjuran Parti A. Dalam program itu wakil Parti A hanya sebagai host dan wakil Parti B bebas untuk bercakap apa sahaja dan menjawab soalan audien.

Program pula terbuka kepada semua untuk hadir dan tanya soalan.

Mana nak cari kat tempat lain? Tak pernah jumpa lagi format sebegini.

Inilah format dan niche yang saya cuba create melalui program Borak & MembaWang #BorakMembaWang. Ia bukan program debat. Ia program diskusi dan soal jawab.

Jadi kepada mana-mana yang komuniti forex atau bangsa anti bank Islam yang tak puas hati dengan tulisan-tulisan saya, sangat dialu-alukan untuk tawarkan diri.

(Asal tadi nak tulis nama parti politik di Malaysia, tapi tukar jadi A dan B sahaja sebab selalunya akan ada taksubers politik akan muncul dengan komen politik kepartian.)

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
Baru semalam saya tinggalkan pesanan, terutama kepada geng forex dan…