Safdar alam komen program #BorakMembaWang saya dengan Dato’ Manap
Beberapa hari lepas, gegak gempita di Twitter Safdar Alam dan disambut meriah oleh penyokongnya daripada bangsa anti bank Islam berkenaan program Borak & MembaWang #BorakMembaWang saya dengan Dato’ Manap, 2 minggu lepas.
Mungkin meraka baru tahu kewujudan program itu. Ada juga yang terkejut saya sebagai orang yang pro terhadap perbankan Islam, menjemput bekas CEO Bank Muamalat yang terkenal dengan sikap kritis dan kritikal terhadap perbankan Islam.
Katanya, apa yang Dato’ Manap katakan sama dengan apa yang mereka dakwa selama ini.
Jauh panggang daripada api!
Walaupun Dato’ Manap kritikal terhadap perbankan Islam, namun sepanjang sesi tersebut dia sangat objektif kritikannya terhadap model monetary system dan perbankan Islam yang berada dalam sistem yang sama dengan konvensional, tanpa beliau menghina dan mengutuk alim ulama dalam perbankan Islam.
Paling ketara, langsung Dato Manap tidak menyuruh orang Islam menggunakan perbankan konvensional, sebagiamana seruan Safdar dan bangsa anti bank Islam. Alasan mereka, bank konvensional lebih telus walaupun riba tapi tidak menipu seperti perbankan Islam.
Malah mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa saya dan Dato’ Manap saling hormat menghormati pandangan antara satu sama lain di akhir sesi berkenaan. Agree to disagree.
Inilah beza ketara saya dan Dato’ Manap vs Safdar dan bangsa anti bank Islam Twitter. Dalam kamus hidup mereka tidak dapat menerima pandangan yang berbeza dengan mazhab bank Islam riba. Bagi mereka, ulama yang mengharuskan perbankan Islam adalah ulama yang menghalalkan riba dan wajib diperangi.
Walhal dalam Islam, perbezaan pendapat tidak sepatutnya menjadikan kita bermusuhan.
Malah saya sokong 100% perjuangan Dato’ Manap untuk membina model kewangan yang keluar daripada model kewangan konvensional.
Ia jauh lebih baik daripada Safdar dan bangsa anti bank Islam yang hanya pandai sembang kencang.
Kritik, maki hamun, kutuk mengutuk sudah menjadi zikir harian mereka terhadap perbankan Islam yang dibangunkan oleh para alim ulama Malaysia dan seluruh dunia sejak sekian lama. Tapi, tidak ada alternatif yang mereka mampu sediakan.
Sebagaimana di FB, saya pernah tawarkan untuk sesi live kepada yang lantang mengkritik posting saya berkenaan perbankan Islam , tapi tak ada seorang pun yang sambut.
............................................................Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran