fbpx

Sahabat Agro

  • 8 years ago
  • 2Minutes
  • 247Words
  • 498Views

Ramai betul yang saya saya soalan ini, sejak bulan lepas lagi.

Setakat semakan saya, ia produk sah daripada Agro Bank dan patuh syariah.

Untuk makluman, Agro Bank sekarang sudah sepenuhnya full fledged syariah bank. Bermakna, semua produk Agro Bank ialah patuh syariah, dan ia satu perkembangan yang baik dalam industri perbankan patuh syariah.

Semoga lebih banyak lagi bank berani mengambil tindakan sebegitu rupa, sebagaimana yang pernah turut dilakukan oleh Bank Rakyat.

Bank yang paling saya harapkan menjadi full-fledged patuh syariah ialah Maybank, kaunter saham terbesar ASB. Jika Maybank Group full-fledged patuh syariah, selesai isu pematuhan syariah ASB.

2

Oh, berbalik kepada produk Agro Bank, modul yang dijalankan memang mirip “MLM”, dan ia lebih kepada refferal program. Sebenarnya produk seumpama itu sudah lama ada, contoh apabila kita sebagai pemegang kad kredit dan perkenalkan kad kredit kepada klien baru, kita dapat komisen.

Cuma kali ini, produk ini memang mirip kepada MLM apabila ia dibayar sehingga beberapa tingkat.

Apapun, ia sudah dinilai oleh pematuhan syariah bank berkenaan dan kalau kita kira pun untuk dapat income yang besar melalui produk tersebut melalui sistem “komisen” dan “overriding” yang ditawarkan, memang susah mahu jadi kaya 🙂

Cuma agak banyak promosi yang agak ‘over’ oleh promoter-promoter sehingga menampakkan ia “skim cepat kaya patuh syariah” pula. Hakikatnya untuk jadi kaya dengan skim tersebut bukan mudah.

Dari sudut financial planning, kalau hendak membuat simpanan, produk Agro Bank bukan tempat terbaik. Sebab, ada lagi yang berikan pulangan lebih tinggi.

Rujukan produk berkenaan: http://www.agrobank.com.my/product/sahabat-agro/

1

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pengisytiharan patuh syariah plan pemasaran OneXox satu perkembangan yang bagus…