fbpx

Salah Langgan Polisi Takaful

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 223Words
  • 594Views

Berikut adalah tulisan dari FB Tuan Azlan mengenai kesilapan ketika melanggan polisi takaful

Salah Langgan Polisi Takaful

Percaya atau tidak sebenarnya ramai antara kita yang tersalah tafsir apabila melanggan polisi takaful.

Kebanyakkan kes yang berlaku adalah pemegang polisi menyangka mereka melanggan Life Policy @ Takaful Hayat tetapi yang mereka dapat hanyalah Personal Accident (PA) iaitu Takaful yang memberi perlindungan akibat kemalangan sahaja.

Kesilapan ini kebanyakannya berlaku disebabkan pemegang polisi tidak mendapat penerangan dengan jelas dan menyeluruh berpunca dari medium penjelasan berkenaan produk hanya melalui panggilan telefon.

Pemegang polisi menyangka bayaran sebanyak RM40-RM60 sebulan adalah sangat murah untuk nilai perlindungan yang diberikan sedangkan hakikatnya mereka tidak menyedari skop perlindungan adalah terhad kepada kejadian berpunca daripada kemalangan sahaja dan tidak melindungi kes yang berpunca daripada penyakit kritikal sedangkan hakikatnya 74% kematian di Malaysia adalah disebabkan penyakit kritikal dan bukannya kemalangan.

Suka untuk saya tegaskan disini PA bukanlah tidak baik tetapi dari segi keutamaan Takaful Hayat adalah lebih utama. Susunan keutamaan pada pandangan saya adalah Takaful Hayat, Penyakit Kritikal, Perubatan (Medical Card) dan Kemalangan (PA)

Semak-semakla ye takaful yang dah ada tu. Yang pasti itu mati, maka susunlah keutamaan sebaiknya.

Note : Takaful Ikhlas ada produk Takaful Hayat perlindungan RM200K dengan sumbangan sebulan RM41.65 dan Personal Accident (PA) Perlindungan RM100K dengan sumbangan RM170 SETAHUN dan bukan sebulan. 🙂

Azlan
INFAQ Consultancy

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jika anda kakitangan awam, boleh pertimbangkan untuk plan takaful dan…