fbpx

Orang Islam Tak Boleh Beli Takaful. Tahu Tak?

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 424Words
  • 429Views

Tadi saya kemaskini status yang berbunyi:

“Orang Islam tak boleh beli takaful. Tahu tak?”

Ramai juga yang masih tak tahu perkara ini. Ini huraiannya.

Tiada aqad jual beli dalam takaful. Istilah jual beli polisi adalah dari insurans konvensional.

Dalam insurans konvensional, kontrak yang terlibat ialah kontrak jual beli.

Pelanggan bayar caruman, untuk dapatkan perlindungan polisi insurans.

Akaq tersebut tidak patuh syariah kerana tidak lengkap rukun jual beli dalam muamalat Islam. Itu kita akan bincangkan dalam tulisan lain. Bab hukum hakam elok dikupas oleh pakarnya.

Dalam kontrak takaful, tidak ada jual dan beli polisi. Sebab itu istilah yang tepat ialah menyertai takaful, bukan membeli polisi takaful.

Pelanggan takaful dipanggil sebagai peserta takaful. Bayaran takaful yang dibuat adalah “sumbangan”. Sebab itu dalam sijil takaful, perkataan “sumbangan” menggantikan istilah premium atau caruman. Perkataan “sijil” pula menggantikan istilah polisi.

Kenapa “sumbangan”?

Sebab, kontrak takaful bukan kontrak jual beli. Dalam kontrak takaful, peserta membayar sumbangan ke dalam tabung derma yang diuruskan oleh syarikat takaful. Kontrak yang terlibat ialah kontrak wakalah.

Peserta memberi hak kepada syarikat sebagai wakil untuk memberi sumbangan derma tadi kepada peserta yang ditimpa musibah.

Manakala syarikat takaful dipanggil pengendali takaful, berbanding syarikat insurans konvensional dipanggil penanggung insurans.

Wang sumbangan oleh peserta dikendalikan oleh operator takaful untuk membantu para peserta yang ditimpa musibah sebagaimana dipersetujui dalam kontrak. Dan operator takaful bertindak sebagai wakil peserta untuk menguruskan wang dalam tabung takaful tadi dan mengambil upah melalui caj wakalah.

Syarikat takaful adalah entiti bisnes. Operasi yang dilakukan ialah operasi bisnes dijalankan secara patuh syariah. Ada terma dan syarat yang ditetapkan untuk memastikan operasi bisnes dapat diteruskan dan pelanggan mendapat manfaat.

Ia bukan badan kebajikan untuk memberi sumbangan atau menerima orang sakit sebagai peserta. Itu fungsi utama pusat zakat atau baitul mal.

Sumbangan sebegitu oleh syarikat takaful ialah melalui CSR dan zakat yang dibayar setiap tahun.

Itulah perbezaan di antara insurans dan takaful. Sambungan dari status terdahulu berhujung istilah takaful nyawa yang tidak tepat.

Kita sama-sama biasakan yang betul dan betulkan yang biasa.
Boleh gantikan dgn menyertai takaful.

Atau boleh juga melanggan takaful, mengambil plan takaful.

Bergantung kepada kesesuaian ayat.

Tapi “membeli” memang sangat jauh dengan semangat dan akad takaful itu sendiri.

Jika ada yang salah, boleh tolong betulkan.
Jika ada soalan berkenaan hal ini, boleh ajukan dalam ruangan komen.
Jika ia berkaitan hukum hakam, elok tanyakan kepada para muamalat, saya bukan orangnya. Saya bukan ustaz, saya baru nak start.

Afyan Mat Rawi,
INFAQ Consultancy Sdn Bhd
http://bukubmw.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi, IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Nak dapat RM10 mcm ni? Install aplikasi Install aplikasi MAE…