fbpx

Salurkan Gaji Adun Kepada Rakyat

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 200Words
  • 394Views

Bantulah rakyat

Bantuan kepada rakyat boleh sahaja disalurkan tanpa perlu tambah gaji wakil rakyat. Ia boleh dilakukan dengan cara peruntukan daripada kerajaan negeri disalurkan kepada Pusat Khidmat DUN dan Parlimen.

Kemudian wakil-wakil rakyat boleh ambil peruntukan tersebut dan rekodkan. Tak perlu tambah gaji Adun pun.

Berita tambah gaji wakil rakyat di kala krisis sebegini, nampak tak memahami denyut nadi rakyat.

Tatkala rakyat sedang mengikat perut di zaman penuh krisis yang sebahagiannya dicetuskan oleh orang politik, pengumuman itu hanyalah menambah limau di dalam luka.

 

Cadangan

Cadangan saya mudah sahaja. Andaikan kenaikan gaji RM3,000 yabg dikatakan ia adalah peruntukan untuk bantu rakyat. Jadi, apa kata kalau RM3,000 tersebut disalurkan terus kepada Pusat Khidmat DUN dan YB boleh sahaja ambil wang tersebut dan direkodkan sbg bantuan yg disalurkan kpd rakyat.

Ia lebih baik dari sudut penyata pendapatan Adun yang perlu untuk isytiharkan cukai pendapatan dalam masa sama ia akan kurang kontroversi berbanding sekarang yang memberi peluru hidup dan bola tanggung kepada musuh.

Saya yakin, jika ia datang daripada pemimpin parti lawan, nescaya penyokong akan hentam habis-habisan. Tapi apabila datang daripada pemimpin parti yang kita sokong, maka kita akan pertahankan habis-habisan.

Tengok nanti kat ruangan komen.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Maryam Taufiq MP Bijak Mengurus Wang (BMW).…