fbpx

SeminarBMW Ilmu Yang Luar Biasa

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 291Words
  • 330Views

Dipetik dari FB Maryam Taufiq MP

Bijak Mengurus Wang (BMW).

Dah dua tiga kali juga pergi bengkel pengurusan wang ni. Penyampai yang berbeza. Konten hampir sama, namun cara penyampaian ternyata berbeza. Sehinggakan kali ini, tak tahu apa tujuan saya hadir bengkel percuma ni. Sekadar memenuhi tuntutan, mungkin?
Penyampai bertanya kepada peserta di awal bengkel, “Apa yang Tuan Puan nak daripada bengkel malam ni?”
Ramai yang respons.

Hampir tiga jam juga bengkel berlangsung. Di akhirnya, ilmu yang cukup luar biasa kita dapat!
Antaranya:

1. Pelaburan yang utama ialah pelaburan ilmu. Laburkan duit dulu untuk belajar macam-macam. Nak melabur ASB pun, kena ikuti ilmu melabur ASB dulu.

2. Ramai freshgrads yang mencari kerja. Padahal pada saat-saat genting seperti penularan wabak hari ini, adalah penting sekali untuk mencipta kerja.

3. Nak bina asas kewangan memanglah mengambil masa lama. Sedangkan penciptaan ‘piling’ (baca: tapak bawah tanah) KLCC pun, tiga tahun dan jumlah ketinggiannya melebihi tingkat tertubuhnya ia sekarang.

4. Biasanya orang bila dapat gaji, terus nak berbelanja, sakan pula tu. Sampai lupa nak asingkan 30% untuk simpanan, perlindungan dan perlaburan. Lagi tak logik, bila anggap takaful sebagai simpanan.

Ok cukup dulu empat poin. Banyak lagi. Boleh baca lanjut dalam buku Tuan Afyan Mat Rawi – Bijak Merancang Wang. tengah kumpul preorder tu. Ada dua jenis, e-learning dan buku fizikal.

Satu lagi quote best daripada beliau (saya rephrase),
“Belajar tinggi-tinggi untuk dapatkan kerja yang baik. Tapi kita tak pernah diajar bagaimana untuk mengurus wang dengan berhemah dan menguntungkan”
.
.
Tahu cipta kerja, tahu jana duit, tahu urus duit, beres dah. Boleh jadi gegadis bijak bestari. ecehh
Buat apa tunggu ada duit, kalau kita boleh cipta duit –?
.
.
Kredit: Tuan
Afyan Mat Rawi
(IFP)
Bengkel Pengurusan Kewangan PKB
6 Nov 2020.
p/s: Tak tahu nak jana duit macam mana? roger saya, kita sembang tepi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Nama memainkan peranan yang penting kerana nama adalah yang akan…