Sanusi Junid: Dahulu Memecat, Sekarang Dipecat!
Kes pemecatan Presiden UIA, Tan Sri Sanusi Junid mengimbau kenangan saya kepada peristiwa yang hampir sama yang pernah berlaku di UIA juga iaitu kes pemecatan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UIAM, Sdra Dasuki Wahab.
Mungkin apa yang berlaku ke atas tan Sri Sanusi Junid, adalah hukum karma dan pembalasan ke atas beliau yang sepatutnya bertanggungjawab di dalam kes pemecatan Presiden MPP UIAM tersebut.
Kes pemecatan Presiden MPP UIAM ini merupakan satu-satunya kes pemecatan presiden MPP di dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah berlaku di dalam sejarah Malaysia merdeka, seorang calon yang menang di dalam pilihanraya kampus, telah dipecat oleh pihak universiti dengan sewenang-wenangnya tanpa alasan yang kukuh. Peristiwa ini berlaku pada awal tahun 2002, sejurus selepas kumpulan-kumpulan pro-mahasiswa memenangi pilihanraya kampus di universiti-universiti utama di seluruh negara. Peristiwa pemecatan tersebut telah mendapat liputan di dalam akhbar-akhbar utama negara.
Rujuk:
http://utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2002&dt=0112&pub=Utusan_Malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm
Pertama kali dalam sejarah: Presiden MPP dipecat!
Ketika peristiwa ini, Presiden UIAM ialah Tan Sri Sanusi Junid adalah Presiden UIAM yang baru bertugas kira-kira dua tahun. Apa yang menghairankan, pemecatan tersebut menggunakan alasan yang remeh-temeh, iaitu Sdra Dasuki didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur politik di dalam akhbar. Lebih lucu lagi, hukuman tersebut dibuat tanpa melalui lunas undang-undang yang ditetapkan oleh pihak universiti sendiri.Sebenarnya untuk kesalahan mengeluarkan kenyataan berunsur politik, Sdra Dasuki telah dikenakan hukuman denda sebelum perlantikan beliau sebagai Presiden MPP UIAM lagi! Malah ketika itu Sdr memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung MPP, tetapi tidak pula dikenakan hukuman pemecatan jawatan. Malahan selepas dikenakan hukuman dan dilantik sebagai Presiden MPP UIAM, Sdr Dasuki telah menghantar beberapa surat rayuan kepada tan Sri Sanusi Junid melalui HEP, untuk meringankan hukuman dendanya, namun tidak menerima respon yang baik.
Akhirnya, tanpa melalui sebarang proses rayuan, Sdr Dasuki dipecat daripada jawatan Presiden MPP UIAM. Ternyata ia bersalahan dengan peruntukan undang-undang persekutuan apabila berlaku perbicaraan berulang atau double joeperdy (artikel 7 (b) Perlembagaan Persekutuan)
Di dalam blognya, Sanusi Junid menegaskan bahawa perlantikan beliau ke jawatan itu adalah bertujuan untuk “Mengamankan UIAM” daripada anti-kerajaan, katanya;
“Tun Dr. Mahathir telah mendedahkan rahsia bahawa jika saya dapat mengamankan UIA supaya betul-betul menjadi pusat pengajian, dan bukan pusat kegiatan anti-kerajaan, maka dapatlah UIA dikekalkan sebagai milik Malaysia dan tidak dipindahkan pentadbiran dan pembiayaannya kepada OIC. Tun Dr. Mahathir telah memberi tempoh 6 bulan untuk saya menjadikan UIA bebas daripada politik kepartian.
Alhamdulillah usaha membebaskan UIA daripada kegiatan politik kepartian telah dapat dijayakan sebelum enam bulan berlalu. Kembalilah UIA seperti sediakala dan tidak jadi diserah kepada OIC”
Tugas mengamankan UIAM daripada anti-kerajaan di sini tidak lain dan tidak bukan untuk memastikan bahawa kumpulan pro-mahasiswa tidak bertapak di UIAM. Namun hakikatnya ialah semenjak tahun 1998 hingga 2007, pilihanraya kampus UIAM telah dimenangi oleh kumpulan pro-mahasiswa yang bernaung di bawah nama “We Unite For Islam” (WUFI), kecuali pada 2005 WUFI telah memboikot pilihanraya kampus dan parti pro-kerajaan telah ter’menang’ di dalam pilihanraya kampus pada tahun tersebut tanpa bertanding.
Jadi, benarkah dakwa Sanusi “Alhamdulillah usaha membebaskan UIA daripada kegiatan politik kepartian telah dapat dijayakan sebelum enam bulan berlalu”??
Bermula 2003 hingga 2007, di kala kampus-kampus lain telah jatuh ke tangan pro-kerajaan satu persatu, UIAM masih utuh di tangan pro-mahasiswa. Hanya pada 2005 sahaja pro-kerajaan ter”berjaya” dan ter”menang” di dalam pilihanraya kampus apabila mahasiswa memboikot pilihanraya kampus. Yang pertama itulah menjadi yang terakhir pilihanraya kampus di-ter”menangi” oleh pro-kerajaan.
Menang? atau ter”menang”?
Apa yang menarik, selepas kes pemecatan Presiden MPP UIAM, apabila Sdr Dasuki gagal mendapat balik jawatannya walaupun rayuan dibuat kepada Tan Sri Sanusi Junid, ia menjadi pengajaran kepada mahasiswa UIAM untuk bertindak lebih drastik. Terbukti pada 2005, seorang mahasiswa, Sdra Mozahiri Shamsuddin telah menyaman UIAM atas suasana tidak demokratik yang berlaku di dalam pilihanraya kampus ketika itu.
Apa yang pasti, dengan terkeluarnya Sanusi Junid, agenda “mengamankan UIAM” ini dipikul pula oleh Tan Sri Mohd Sidek Hassan.
Adakah beliau akan berjaya? Kita tunggu pilihanraya kampus 2008, genap 10 tahun (tolak satu tahun) kumpulan pro-mahasiswa menjuarai hati mahasiswa kampus UIAM.
Adakah pemecatan Tan Sri Sanusi ini hukum karma ke atasnya? Jangan mengarut, mana ada hukum karma dalam dunia ni. Semua adalah ketentuan Allah.
Nota: Penulis adalah graduan UIAM 1999 – 2003, yang mengikuti perkembangan kes pemecatan Presiden MPP UIAM tersebut.
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran
harap2 sanusi muhasabah diri.. 🙂
Mudah-mudahanlah…..
Idea yg bernas, bleh cuba hantar ker tranungonline?
Dah hantar ke harakah, TKO, Mkini & Detikdaily
Saya sering pesan kepada para student. Jangan libatkan diri dengan politik terlalu ketara. perjuangan menegakkan Islam mesti dengan tiket fi sabilillah, ikhlas dan menghadapi cabaran dengan hati yang tenang. Bila orang atasan sekat kita atas alasan anti-kerajaan pasti mereka hangit sebab mereka bersusah-payah menyediakan prasarana utk anak bangsa mereka. So, kita sebagai penegak agama ini perlu hikmah, mawizah dan bermujadalah dengan baik agar dapat meneruskan perjuangan itu hingga ke titisan darah terakhir.
Berikutan kisah sdr presiden yang kena pecat tadi, nasib baik tak kena buang Universiti. Kalau kena buang, pasti ibu bapa akan kecewa dan perjuangan kita tak akan sampai kemana bila pelajaran tersekat di tengah jalan. Bila dah graduate, nak melaungkan apa sahaja up to you. Yang pasti, ijazah sudah ditangan. Ada yang nak pertikaikan ke apa ada pada ijazah? Kita bicara kemudian…
Berkenaan sang sanusi junid, bumi ini bulat, sebentar kita di atas dan sebentar kita di bawah. Biasanya bila kita di atas, tekanan demi tekanan akan berlaku terutama bila yang paling atas rasa kedudukan mereka sudah tergugat. Lalu arahan demi arahan diberikan pada org atas tadi untuk mempertahankan kedudukan mereka. Kesannya org atas tertekan dan terpaksa menekan org bawah yang di atas……. so Allah itu memberikan kuasa kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki untuk menguji dan akan menurunkan kuasa sesiapa sahaja bila-bila masa.
dr raudah, saya hampir kena buang kerana ada blog politik …
apa salahnya mahasiswa menulis isu politik? pandangan anak muda dalam isu semasa negara.
tetapi bila mahasiswa tidak kenal menteri pelajaran, menteri sendiri bising. jadi?
bila mahasiswa hanya tahu pasal af, kena hentam lagi mahasiswa.
tahu pasal politik salah, tak ambik tahu pun salah? aik..
Errrrr….
Dr Raudhah, Sdr Pakdi, saya sokong kedua-duanya….
😛
Buat Tan Sri Sanusi Yang Di Kasihi
Anggaplah ini suatu mehnah dan tribulasi atas niat suci Tan Sri untuk mengamankan UIA.
Sebagai student, tugas utama adalah belajar. Parent antar korang ke universiti utk belajar, biar dapat cgpa 4.0..be the best of the best Tak usah nak libatkan diri dgn politik. aku percaya korang boelh libatkan diri dgn politik lepas korang abis blajar nanti
Assalamualaikum
Buat Pakdi, zhar, afyan dan semua pembaca.
Islam adalah agama yang sempurna dan selamat. Rakyat Malaysia memang beruntung dilahirkan dalam negara yang harmoni. Tuntutan kita kepada menentang pemerintah yang zalim bukanlah darurat sebagaimana yang berlaku di Turki di bawah pemerintahan Mustafa Kamal Attarturk. Abdullah Ahmad Badawi masih lagi berfikir tentang kepentingan al-Quran dalam kehidupan rakyat apabila mewujudkan J-Qaf walaupun dia terlupa menyuruh Jeannya memakai tudung. Polis, tentera dan jururawat wanita sudah selesa memakai tudung dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya. Pelajar2 ada PTPTN walaupun terpaksa bayar 4% interest. Sekurang-kurangnya orang miskin masih boleh belajar dengan wang pinjaman. kalau tak diberi pinjaman, mana nak gagau duit banyak tu buat sara hidup.
Sdr2 cuba baca kehidupan para pemimpin, terutama pemimpin yang sdr kutuk tu. berapa jam mereka tidur? adakah mereka tidur selena kita? Kita diganggu anak kecil masa tidurpun rasa tak puas hati, tapi mereka mimpipun diganggu rakyat. Siang ke sana sini menyelesaikan masalah rakyat. malam2pun orang panggil untuk rasmi itu dan ini. Apa lagi yang kurang dengan Malaysia? PKR ke PAS ke UMNO ke yang penting kita cuma kena pastikan pemerintah kita tak halang kita beribadat. Kita hidup hanya sementara. Tujuan hidup kita hanya untuk menemui Allah SWT. Setiap manusia ada kelemahan, tak boleh ke pemimpin yang salah itu dimaafkan dengan jasa yang mereka dah lakukan kepada kita? Apa pula jasa kita kepada negara? bukankah itu lebih bermakna….
dari dibuang universiti hanya kerana blog…
Seakan hidup segan, mati tak mahu…
Fikirlah, dan fikirlah, selagi kita masih boleh berfikir dengan akal yang waras
oklah, kita tunggu sudah jadi macam Turki baru kita bertindak.
i rest my case.
Assalamualaikum.
Saya hari tu dah hantar komentar lanjut tapi tergagal.
Just nak usik Pakdi, kenapa darah muda cepat mengalah. Sepatutnya terus mempertahankan pendirian, jika rasa masih benar. Jika ramai anak muda cepat melatah tapi terus mengalah generasi kita akan lahir sebagai generasi yang rapuh dan mudah dirempuh.
Macam mana nak hilang unsur politik memandangkan niat nak ‘mengaman’kan UIA berbaur politik juga. Bila nak faham la diorang ni…
No komen 🙂