fbpx

Satu Persatu Ciri Telegram Ditiru WhatsApp

Satu persatu ciri Telegram ditiru oleh WhatsApp.

Yang terkini, WhatsApp memperkenalkan fungsi “stickers” yang sudah ada dalam Telegram sejak sekian lama.

Sebelum ini, Whastapp memperkenalkan fungsi yang mirip Telegram Channel, yang menyerupai group tapi hanya admin sahaja boleh menghantar mesej.

Ia perkembangan yang bagus untuk pengguna.

Saya lebih prefer Telegram berbanding WhatsApp.

Sebab utama ialah memori Telegram disimpan di dalam cloud berbanding memori WhatsApp yang disimpan di dalam device handphone.

Dengan ciri Telegram ini, WhatsApp tertinggal ke belakang berbanding Telegram.

Jika ciri ini WhatsApp tiru, nescaya akan meninggalkan Telegram jauh ke belakang.

Disebabkan satu perkara ini, banyak situasi Telegram telah meninggalkan WhatsApp sebagaimana berikut;

1. Handphone akan lebih berat apabila banyak menggunakan WhatsApp berbanding Teleram sebab data disimpan di dalam telefon.

2. Telegram boleh dibuka dalam banyak device serentak tanpa perlu sync seperti WhatsApp.

3. Jika phone habis bateri, Telegram masih boleh dibuka melalui PC atau tablet. Tetapi WhatsApp tidak boleh sebab ia memerlukan phone di-sync dengan device lain jika hendak buka serentak.

4. WhatsApp hanya boleh sync dengan 1 device sahaja dalam satu masa berbanding Telegram.

5. Telegram hantar fail-fail besar tidak seperti WhatsApp yang sangat terhad saiz fail yang boleh dihantar.

6. Jika bertukar telefon, Telegram dapat akses sellllluurrrruuuuh “chatting history” tanpa perlu buat back up. Bukan setakat chat, malah semua media, fail, gambar, video selllllluuurruuuuhnya boleh diakses kembali tanpa perlu bersusah payah dan mengalirkan air mata seperti WhatsApp.

(Saya ada pengalaman ngeri bab ini apabila handphone rosak dan hilang habis maklumat chat dan fail diskusi dengan pelanggan sehingga tercalar kepercayaan beliau).

7. Disebabkan Telegram mempunyai storage yang besar di dalam cloud, ada banyak Channel dan Group yang mengambil kesempatan untuk berkongsi fail-fail movie secara haram. Ia tidak boleh diakses melalui device Apple atas faktor copy right tapi masih boleh diakses melalui PC atau Android.

Namun, ada satu kekurangan besar Telegram yang tertinggal 10 tiang berbanding WhatsApp iaitu pengguna WhatsApp lebih ramai berbanding Telegram.

Bagi yang sudah ada, jemput sertai Channel Telegram https://t.me/AfyanIFP

Buat rakan-rakan yang belum ada telegram, boleh install Telegram dan dapatkan kelebihan-kelebihan di atas.

Boleh klik link ini juga https://t.me/AfyanIFP dan ia akan membawa kepada Apps Store atau Google Play atau website Teleram.

Afyan Mat Rawi
Pengguna setia WhastApp sebelum insiden WhatsApp (iPhone) Crash Mei 2016

Nota: Saya tidak dibayar oleh Telegram untuk posting ini.

Sumber dari FB afyan Mat Rawi

WP2FB Auto Publish Powered By : XYZScripts.com