fbpx

Saya dilabel macam-macam demi menyampaikan kebenaran

  • 10 months ago
  • 4Minutes
  • 708Words
  • 117Views

Seminggu dua ni saya aktif menulis perihal perbankan Islam.

Sehingga ada yang kata saya back up bank. Ada pula yang label macai bank, tali barut Rostchild dsb.

Saya dah kalih dah kena label.

Saya masih ingat masa zaman PH, saya menulis tentang isu penjualan aset-aset TH, saya dilabel macai DAP dan walaun PAS serentak di sebuah yang disiarkan video ML Studio.

Siapa ingat masa tu?

Bukan senang dapat label politik macam tu serentak. Label ejen FBI atau Mossad je belum lagi kena 🤣

Prinsip saya mudah je.

1. Buat benda baik pun, akan ada orang benci. Buat benda buruk pun, akan ada orang sokong.

2. Kita takkan mati dengan kejian manusia. Dan kita bukan hidup atas pujian meraka.

3. (saya letak di hujung posting)

Simple. Jadi, jalan terus.

Saya teringat masa saya menulis tentang tip-tip kewangan, benda sama berlaku. Masa menulis melawan scammer pun, perkara sama berlaku.

Apabila menulis tip beli kereta, jangan lebih daripada setahun gaji, ramai juga yang marah-marah. Kata mereka, kalau guna tips ini, mereka tak boleh beli kereta idaman mereka. Tak dapat beli kereta Bangsa H.

Saya nasihatkan, yang gaji bawah RM2,000, tak payah la beli kereta lagi. Ada yang tak puas hati sebab katanya bank boleh je luluskan.

Ketika saya menulis supaya berhati-hati gunakan duit moratorium, duit pengeluaran KWSP, ada juga yang tak puas hati dengan mengatakan suka hati la nak guna apa dengan duit mereka.

Apabila pesan tentang pengeluaran duit KWSP, sebaiknya jangan keluarkan jika tak ada keperluan. Ada yang tak puas hati sebab kata mereka bila lagi nak guna duit KWSP tu. Nanti tua belum tentu sempat, kata mereka.

Sama juga apabila saya menulis bab misleading dalam bisnes takaful dan unit trust, akan ada ejen-ejen yang tak puas hati. Katanya saya tak layak sebab bukan MDRT. Katanya sebab saya tak ada produk yang kompeni mereka tawarkan. Hahahaha!

Tak masuk lagi kalau menulis bab haram forex trading. Ini paling epik. Akan ada forex trader yang kaitkan dengan perbankan Islam. Kata mereka perbankan Islam sama je riba. Pandai pula geng forex trader tulis bab riba.

Lagi-lagi kalau saya menulis ketika aktif melawan scammer, lagi banyak label saya terima.

Tak suka orang Melayu maju.

Suka jatuhkan bisnes orang lain.

Dengki bisnes orang lain.

Takaful tak laku.

Dah kalih dah. Saya hanya senyum sahaja. Sesekali menjawab sinis dan ajak meraka live.

Tapi ramai yang sebenarnya hanyalah keyboard worrier. Hanya berani depan keypad handphone sahaja. Tak masuk lagi yang muncul dengan akaun fake, tanpa nama sebenar dan tanpa gambar sebenar.

Sampai ada yang tak puas hati dengan tulisan saya, hingga personal akaun FB saya kena report sejak bulan Julai 2021 tahun lepas.

Kena blok akaun personal, saya aktifkan page FB ini pula. Saya aktifkan Twitter, aktifkan Tiktok. Dari situ baru nampak rupanya bangsa anti bank Islam ini berleluasa. Jadi atas rasa tanggungjawab, saya lawan mereka.

Jika pakai akaun original dan nak berbeza pandangan, silakan. Tak ada masalah. Nak maki hamun pun saya tak kisah, biar publik menilai.

Siapa yang menegur dan berikan nasihat secara baik, saya terima dengan hati terbuka walaupun pedas dan sentap. Tapi gunakanlah akaun original dengan nama dan gambar profil sebenar. Mudah saya nak bezakan mana yang fake dan mana yang original.

Saya sedia terima teguran, walaupun pedas dan pahit.

Cuma ada yang pelik. Ada yang saya perasan, tak puas hati masa saya kongsikan tip-tip kewangan supaya berbelanja dengan cermat, beli kereta jangan lebih setahun gaji, jangan berbelanja boros dan sebagainya – orang yang sama juga tak puas hati kata bank zalim, bank menindas dan sebagainya.

Patutlah tak puas hati dengan nasihat saya, sebab ada banyak komitmen dengan bank. Kemudian makin tak puas hati apabila saya kongsikan hakikat sebenar bank.

Masa orang bagi nasihat supaya berhati-hati dengan singa, taknak dengar. Apabila dah kena ngap, meroyan tak tentu hala pula.

Jadi, saya galakkan jika ada yang jenis begitu, tak perlu la follow FB saya. Nanti tambah stres dan sakit hati.

Nak follow juga? Silakan. Haters, come to papa!

Saya ada satu lagi prinsip: Haters umpama najis. Kehadiran mereka menyuburkan!

Saya akhiri dengan senikata lagu M Nasir

Kau mampu patahkan sayapku

Kau mampu tambatkan kedua kakiku

Tapi kau tak akan dapat

Mematahkan semangatku untuk hidup…

Afyan Mat Rawi, IFP

Sertai Channel Telegram ini utk lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA

—>t.me/AfyanIFP

Suber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Alhamdulillah, selesai seharian program Seminar Bijak Merancang Wang #SeminarBMW di…