Saya tegur bukan benci. Saya tegur sebab peduli
Asalnya, ada seorang yang memuat naik tangkap layar komen-komen ejen takaful yang mengecam saya, lalu dikongsikan di ruangan komen posting saya sendiri.

Saya hanya mampu ketawa kecil. Sudah boleh agak perkara itu akan berlaku.
Tidak lama kemudian, muncul pula seorang ejen lain yang meninggalkan komen membuatkan saya tersenyum sendiri.

Katanya, suatu ketika dahulu dia sangat marah apabila saya mendedahkan satu isu misleading, yang saya sendiri pun sudah tidak ingat isu apa sebenarnya.
10 tahun lepas katanya. Fuhh… Saya memang tak ingat nama beliau dan nama yang disebut.
Namun kini, katanya dia sudah berubah. Alhamdulillah. Itu petanda misi saya berjaya.

Itulah yang sedang saya teruskan sekarang.
Saya bukan mahu mencetuskan pergaduhan, saya hanya mahu membetulkan salah faham yang telah sekian lama dibiarkan berleluasa.
Kepada rakan-rakan ejen yang masih rasa tidak berpuas hati, saya jemput untuk tinggalkan komen di sini. Saya akan berikan respon sebaik mungkin.
Kita boleh berbincang secara elok, matang dan sejahtera.
Yang komen cara baik, walaupun tak setuju, saya akan respon cara baik.
Yang komen cara kecam, emosional, merentan tak tentu pasal, menyindir, pun akan dapat balik apa yang mereka berikan.
Pastikan datang komen dengan akaun original beridentiti, bukan akaun palsu atau lock profile.
Tujuannya mudah: supaya masyarakat tidak lagi keliru dan benar-benar faham.
Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
............................................................
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran